Bisnes berjalan dengan entiti yang sah yang dikenali sebagai ‘syarikat’.
Syarikat yang sah ini mempunyai kuasanya sendiri mengurus kewangan dan operasinya.
Pemegang saham, Ahli lembaga pengarah dan eksekutif pelaksana mempunyai tugas dan peranan tertentu dalam entiti bisnes yang dibentuk berjalan atas platform syarikat.
Mereka yang tidak berada dalam syarikat itu tidak boleh masuk campur dalam urusan syarikat itu.
CONTOH 1:
Syarikat A adalah supplier kepada syarikat B.
Syarikat B tidak boleh mengakses dokumen pinjaman syarikat A dengan Bank XYZ.
Jika perlu, mestilah melalui proses tertentu secara sah mengikut proses dan prosedur.
CONTOH 2:
Puan C adalah pekerja dalam syarikat A.
Tuan D, suami Puan C tidak boleh masuk campur dalam tugas eksekutif Puan C dalam syarikat A.