Jalan adalah laluan yang kita pilih untuk sampai ke satu-satu tempat.
Dalam pemanduan juga, kita adakalanya menemui jalan buntu apabila tidak tahu lokasi yang mahu dituju. Adakalanya kemalangan berlaku dan jalan sesak tidak bergerak.
Sesekali, mungkin kita termasuk salah jalan dan menemui jalan mati. Maka persediaan berjalan adalah penting.
Maka, kita mesti ada ‘peta’. Tahu jelas ‘lokasi dituju’. Sebolehnya, ‘alamat penuh’ dengan poskod sekali. Peta kita, lokasi kita hanya kita yang faham dan jelas. Kita kongsikan dengan ‘rakan seperjalanan’ agar kita sama-sama sampai.
Perjalanan bisnes juga begitu.
Adakan ‘peta bisnes’ kita .
+Strategi jangka masa panjang dan pendek.
Tahu ‘lokasi’ dan ‘alamat’ dengan jelas dan lengkap.
+Tujuan akhir bisnes mesti jelas dan ‘detail’
Kongsikan dengan ‘rakan seperjalanan’.
+Bisnes bukan untuk seorang-seorang, Berkongsi dengan rakan.
Apabila buntu atau menemui jalan mati, terhenti kerana tembok, usah ‘menyalak-nyalak’ pada dinding itu.
‘Peta’ kita, kita yang tahu.
Kita orang bisnes.
Pasti ada ramai kenalan.
Mesti ada jaringan.
Kita ada rangkaian hubungan.
Jalan terus, cari penyelesaian!