PROSEDUR. “Letter of Demand”

Semenjak tahun 2007 berbisnes ini sedikit catatan saya mengenai ‘hutang’ yang biasanya direkodkan dalam ‘account receivables’ dan dilaporkan melalui ‘aging record’ oleh bahagian akaun.

Penasihat guaman saya mengajarkan begini.

1. Semua rekod bayaran pelanggan (atau siapa sahaja yang perlu membayar kita) mestilah dikemaskini.
Ikut SOP. Jika tidak ada sediakan.

Quotation, Purchase Order, Invoice, Delivery Order dan Receipt of Payment adalah dokumen biasa untuk ‘goods and supply’.

‘Agreement of service/purchases/registration form of programs’ dan ‘receipt of payment’ pula yang biasanya rekod rujukan untuk bisnes servis.

2. Simpan rekod komunikasi kutipan hutang. Ini termasuk, surat, emel, memo, SMS dan panggilan telefon.

Pastikan adanya proses yang jelas untuk kutipan.

Contoh:
– 5hb bayaran sepatutnya diterima.
– 7hb panggilan telefon dibuat.
– 10hb peringatan 1 dihantar melalui emel dan SMS.
– 15hb surat tuntutan dari syarikat dibuat.
– SMS, emel dan panggilan akan dibuat secara berkala selepas itu mengikut susunan syarikat.

Tunggakan melebihi tarikh 90 hari invois (atau yang melebihi jumlah tertentu) akan diserahkan kepada peguam untuk penghantaran ‘Letter of Demand’.

Servis/supply tidak lagi diberikan kepada pelanggan.

3. Seterusnya, ada kes tertentu yang melibatkan saman dan kemudian di bawa ke mahkamah.

Secara ringkas:
-Letter of Demand
-Saman
-Kes Mahkamah

KESAN ‘LETTER OF DEMAND’

Apabila kita memberikan arahan kepada peguam untuk mengeluarkan ‘Letter of Demand’, maka kita pastikan bahawa perkara No 1 adalah lengkap rekodnya.

Apabila peguam pelanggan menjawab surat peguam kita, perkara NO 1 itulah yang akan mereka minta.

Dokumen dan dokumentasi adalah penting.
Silap-silap kita pula yang disaman semula.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.