Apabila pekerja kita sudah berada dalam posisi rakan kongi, maka tatacara pengurusannya juga berbeza. Syarikat bisnes kita yang sedang berkembang, mesti mempunyai pelan untuk menerima rakan-rakan kongsi yang baru.
Apabila pekerja yang bagus dan berpotensi tidak ditawarkan atau diajak menjadi rakan kongsi, mereka akan cepat meninggalkan kita. Mereka akan menyertai syarikat lain atau bisnes lain.
Menawarkan ‘syer’ dalam syarikat bisnes kita yang sedia ada bukanlah satu-satunya cara untuk menjadikan pekerja kita itu sebagai rakan kongsi.
Contoh:
Puan A dari syarikat XYZ menawarkan kepada 2 orang pekerjanya untuk menjadi rakan kongsi. Puan A yang berbisnes di Kuala Lumpur,mahu membuka cawangan bisnes di utara yang berpusat di Pulau Pinang.
Maka Puan A dan 2 orang rakan kongsinya itu (pekerja) membuka syarikat baru bersama dengan nama Syarikat OSP.
Mereka bersetuju bahawa pemegangan saham syarikat adalah (Syarikat XYZ : Rakan 1 : Rakan 2 | 51 : 29 : 20).
Pembahagian keuntungan pula adalah ( 20 : 40 : 40).
Puan A menyatakan bahawa beliau akan melantik 3 orang Ahli Lembaga Pengarah mewakili Syarikat XYZ dalam syarikat OSP bersama Rakan 1 dan Rakan 2.
Kuasa Eksekutif diserahkan sepenuhnya kepada Rakan 1 dan Rakan 2.
Kesan SENARIO:
a. Puan A tidak terlibat dal am operas bisnes berbentuk ‘day-to-day’.
b. Rakan 1 dan Rakan 2 diberikan kuasa penuh atas perjalan syarikat bisnes di utara.
c. Rakan 1 dan Rakan 2 diberikan pembahagian keuntungan yang signifikan.
d. Rakan 1 dan Rakan 2 berkongsi sumber, peluang dan modal bersama Puan A atas platform syarikat XYZ yang sudah ‘established’.
e. Puan A boleh terus mengembangkan bisnes di Selatan dan kawasan lain, manakala Syarikat OSP (bersama rakan 1 dan rakan 2) fokus mengembangkan bisnes di utara.
.