‘Setiap syarikat adalah entiti berdaulat.’
Dalam bisnes, setiap unit dan bahagian mempunyai fungsi dan tugas khusus untuk dicapai.
Kita yang menguruskan syarikat bisnes itu juga menentukan pengkhususan jenis bisnes yang mahu dijalankan.
Antara tugas khusus itu adalah memberi maklumat tentang bisnes dan servis syarikat kepada umum dan segmen pelanggan yang mahu ditembusi.
Meskipun kita tahu tentang bisnes dan produk orang lain, kita hanya memberikan maklumat tentang bisnes kita dan kelebihan servis atau produk kita itu.
Tugas sesebuah syarikat bisnes bukanlah seperti tugas kita mengurus dapur masak dirumah.
Contoh 1:
Syarikat A menjual bahan pencuci pakaian yang membolehkan kain yang dibasuh mudah dan cepat kering.
Namun syarikat A tidak menyebut dan memperkatakan apa-apa tentang produk yang agak sama dikeluarkan oleh syarikat B.
Bagi syarikat A, itu bukan tugasnya.
Contoh 2:
Syarikat XYZ sudah mengambilalih sebuah perusahaan di Kuala Lumpur yang dahulunya digunakan oleh Syarikat ABC.
Maka, syarikat XYZ hanya memberikan maklumat tentang kedudukan baru syarikatnya di situ, apa yang dilakukan dan apa perancangannya.
Ia tidak bertanggungjawab kepada operasi syarikat ABC, perpindahan atau peralihan malah apa sahaja yang dilakukan oleh syarikat ABC.