Mulakan dengan sangka baik.
Orang bisnes akan sentiasa mencari staf dan rakan kongsi yang bijak. Kesilapan besar berlaku apabila kita fikir kita sahaja yang pandai.
Hakikatnya, ramai staf dan rakan kongsi kita yang bijak, tetapi kita tidak nampak.
Contoh:
+Ada staf yang masih mudah, tetapi mencecah sasaran jualan 100%.
+Ada staf yang kurang berpengalaman, tetapi mencapai jualan berulang sebanyak 80% daripada pelanggan yang sama.
+ Ada staf yang tidak berkelulusan tinggi, tetapi cepat belajar secara praktikal dan lebih profesional.
Dengan erti kata lain, kita tidak boleh memperbodohkan staf kita, apatah lagi rakan kongsi kita dengan cakap dan buat yang bukan-bukan.
Apabila ada kesilapan, terus cari jalan penyelesaian.
Faham dan jelas, sebelum membuat keputusan.
Ikut tatacara ‘best practices’ dalam industri.
Jalankan perkara berdasarkan ‘core values’ bisnes kita.
Dengan itu, kita akan dapat bekerjasama dengan orang biasa-biasa untuk mendapat hasil yang luarbiasa!
.