Semasa kita memulakan bisnes sendiri, kita mahu menjadikannya bisnes yang terbaik. Sebolehnya, kita sendiri mahu akses dan kawal bisnes kita 100%, 24 jam.
Apabila kita sudah banyak belajar dan pandai, kita mula fikir mahu buka cawangan, tambah jenis bisnes atau masuk industri lain.
Pada masa itulah, kita mula fikir yang ianya susah.
Bisnes baru bermakna, bisnes sedia ada mesti boleh berjalan tanpa kita.
Cawangan baru bermaksud memasuki kawasan dan lokasi baru yang sudah tentu tidak lagi dekat dengan rumah kita.
Masuk industri baru bermakna kita perlu masa untuk buat kajian dan persediaan.
Maka, oleh kerana ia tidak menepati ciri 100% kawalan kita, 24 jam sehari, maka kita terpaksalah berpuas hati dengan apa yang ada.
Niat untuk berkembang dalam bisnes juga terbantut.
NOTA:
Bisnes yang bagus mestilah ‘repeatable’ dan ‘scalable’.
.