Apabila mengendalikan sesuatu perkara kita diajar untuk ‘memahami’nya dahulu sebelum memulakannya.
Dalam bisnes juga begitu.
Kita diajarkan untuk faham dan kemudian baru boleh buat.
Maka apa yang berlaku, selagi tidak faham, maka tiadalah sebarang tindakan yang dibuat.
Dalam sesetengah situasi, kefahaman akan datang apabila kita sudah berpengalaman menjalankannya.
Meskipun begitu, kita mesti jelas dan terang dengan falsafah bisnes it, serta bisnes modelnya.
Analogi yang saya beri kepada ramai rakan bisnes berbunyi begini…
Ia umpama seorang wanita yang belum berkahwin, lalu mahu berkahwin.
Apabila beliau sudah jelas falsafah dan prinsip perkahwinan, beliau tidak perlu betul-betul faham dan mahir menjadi seorang isteri untuk berkahwin.
Apabila berkahwin nanti, pandailah dia jadi isteri.
Seorang isteri pula, sudah jelas tentang hidup bersama suami dan perlu bersedia membina keluarga.
Apabila begitu, tidak perlulah beliau betul-betul faham bagaimana mahu menjadi ibu, tahu serba-serbi, baru mahu mengandung.
Apabila mempunyai bayi pertama nanti, pandailah beliau menjadi ibu kepada anaknya itu nanti.