Dalam bisnes, perancangan dibuat berdasarkan maklumat, fakta dan sumbernya. Ia bukan sesuatu yang kita ‘pluck from the air’.
Perancangan strategi boleh dipelajari.
Adakala, kita membuat kesilapan.
Berhentikan segera kesilapan itu, teruskan perjalanan.
Bezakan antara ‘keputusan emosi’ dengan ‘keputusan bisnes’.
Adakalanya kita sudah membuat kesilapan besar akibat ter’buka’ ‘department’ baru atau cawangan bisnes baru tanpa persediaan yang cukup.
Contoh 1:
Seorang pengurus syarikat membuka ‘department’ baru untuk menguruskan bahagian pembungkusan makanan.
Selepas 3 bulan, beliau dapati, ‘department’ itu sebenarnya tidak diperlukan dan hanya menambah beban kos kepada syarikat.
Maka, beliau menutup ‘department’ itu dan menyusun semula kedudukan staf di bahagian yang lain.
Contoh 2:
Seorang ahli bisnes mula membuka cawangan di kawasan lain untuk pertumbuhan bisnesnya.
Akibat mahu cepat, beliau ter’buka’ banyak cawangan tanpa bersiap sedia dengan sistem sokongan yang sedia ada. Masalah mula kelihatan.
Maka, beliau mula menyusun semua cawangan bisnes beliau itu untuk di serahkan kepada rakan kongsi baru untuk diteruskan bisnesnya meskipun konsep dan perjalanan bisnes itu sudah berbeza dan bukan lagi di bawah pengurusannya.
NOTA:
“Memberhentikan pekerja” atau “menamatkan hubungan bisnes dengan rakan kongsi” memerlukan cara pengurusan yang berhemah.