Perkara BIASA yang kita buat, adakalanya perlu diBETULkan juga. Dalam bisnes juga begitu.
Apabila kita biasa bekerja sendirian, apabila sudah bekerjasama akan ada masa kita akan rasa bahawa kita boleh buat jauh lebih baik tanpa kerjasama itu.
Maka, tuan dan puan pilihlah untuk membuat keputusan yang baik.
Kebiasaannya, kita perlu bekerjasama dengan pihak yang lain untuk tujuan bisnes yang berbeza.
Kerjasama yang pertama diteruskan dan kerjasama baru dengan pihak lain juga diteruskan.
Ruang yang diberikan seumpama ini, seharusnya membolehkan kita meneruskan kerjasama dengan lebih banyak pihak dan berterusan.
Maka, biasakanlah dengan apa yang sudah BETUL itu.
Tidak ada mana-mana bisnes yang berjaya sendirian tanpa menjayakan orang lain.
Biasakan kerjasama yang betul itu.
Betulkan kerjasama yang biasa itu.