Pandangan dan pendapat adalah bebas diberikan oleeh sesiapa. Malah, tidak ada pula sesiapa yang disekat untuk menyampaikannya.
Namun, perkara yang membezakan antara pendapat dan maklumat ialah penerimaan dan pengaruhnya kepada pendengar atau pembaca.
Kaca mata yang kita guna untuk melihat sesuatu isu atau perkara memberi hasil kepada pandangan dan pendapat yang berbeza. Hakikatnya, maklumat itu tetap sama.
Menafikan maklumat yang betul, hanya akan memberikan kesan emosi diri dan menjatuhkan daya pengaruh diri.
Pandangan dan pendapat menarik simpati yang bersifat sementara.