POSTING SANTAI
Retro kelas dan peserta kelas.
Era kini adalah era pintar. Telefon juga semakin pintar.
Apabila bercakap dan menulis, memerlukan laras kepintaran juga.
Antara cabaran terbesar dalam bisnes ialah ‘menjual kepada orang pintar’.
Hari ini saya ‘menjual’ di dalam kelas. Kehadiran dalam kelas adalah mereka yang lebih pintar daripada saya. Mereka mengamalkan Teknik Nabi.
Saya suka bercakap.
Saya suka mengajar.
Saya rasa selamat.
Tidak dikritik di khalayak ramai.
Saya tidak dituduh-tuduh
Emosi saya stabil.
Yakin diri meningkat.
Pada akhir sesi, peserta yang lebih berilmu berkongsi sahaja maklumat yang lebih tepat dan terperinci. Tiada yang menyiasat saya.
“Ya Allah, berilah keberkatan dan kelembutan hati dalam menuntut ilmu. Permudahkanlah urusan, ditunjukkan jalan dan ditetapkan iman.”