Ramai yang memperkatakan tentang legasi dan kesinambungan bisnes untuk jangka masa panjang. Mahu mencecah kewujudan 500 tahun turun menurun, bukanlah mustahil.
Maka, legasi apakah yang bakal kita tinggalkan?
Legasi NAMA atau NILAI?
Apakah sebenarnya NILAI?
Popularitikah? Namakah? Bisnes berjutakah?
NILAI atau DASAR ialah sesuatu yang melibatkan sikap dan kepercayaan pemikiran yang secara unik membentuk satu corak budaya.
Contoh NILAI dan DASAR dalam sebuah organisasi yang saya sertai:
1. Syariah-compliant.
Ini bermakna, bukan hanya produk kita diperbuat daripada bahan-bahan halal, cara-cara kita menjalankan bisnes juga wajib halal.
2. Berlumba-lumba.
Di sini kita tidak mengamalkan sikap persaingan, sebaliknya kita mengamalkan sikap berlumba-lumba dan berkembang bersama-sama.
3. Bersih-rasuah.
Sebagai contoh, kita tidak menjalin hubungan bisnes dengan mana‐mana orang politik dengan tujuan mahu mendapatkan manfaat bisnes dari mereka.
4. Pasaran terbuka.
Di sini kita berniaga dalam pasaran terbuka, bukan dengan mendapatkan kontrak kerajaan.
6. Fokus dalam sektor trading, pendidikan, servis, dan konsulting, bukan dalam manufacturing.
Kita ambil produk-produk daripada pengeluar yang sudah sedia ada dan pasarkan produk mereka.
7. Fokus dalam sektor barang-barang dan servis keperluan, bukan dalam sektor produk mewah.
8. Memulakan bisnes dengan bermodalkan apa yang ada di tangan.
9. Berpartner, bukan berniaga secara solo.
10. Bersih-riba.
.