LAIN DARI YANG BIASA adalah PELIK
Pasca #kongresABS2014
“Memulakan bisnes dengan apa yang ada ditangan.
Mengaplikasikan teknik yang menongkah arus kebiasaan.”
Sebuah entiti bisnes yang bergerak seperti persatuan, tetapi BUKAN persatuan.
Sokongan bisnes diberikan melalui pembinaan ‘tribe’ dan pembukaan ‘channel’ yang berterusan.
Wujudnya kumpulan pakar dalam entiti bisnes dari pelbagai bidang termasuk pendidikan, trading, servis perniagaan dan hospitaliti memberikan peluang bisnes baru dan lama berkembang mengikut rencana.
Berubah mengikut keperluan dengan mengekalkan NILAI dan DASAR. Perbezaan yang ada terus menjemput kepelbagaian dengan membangunkan idea bisnes melalui hubungan.
DASAR yang digenggam dengan erat, tanpa sedar menyebabkan mereka yang bergelar ‘opportunist’ dengan sendirinya terkeluar.