NOTA REFLEKSI DIRI
Pelajaran yang saya lalui dari #kongresABS2014
Apabila bertemu dengan individu yang mempunyai gaya dan cara kerja yang agak serupa, kita perlu memberi ruang dan bekerjasama.
Mengurus gaya korporat tidak semudah yang disangka.
Kongsikan kuasa.
Turunkan kuasa.
Serahkan tugas.
Sebutnya sesedap rasa, amalnya perlukan kekuatan emosi dan jiwa.
MENTOR dan guru itu, tidak perlu dilantik.
Mereka yang sangat dekat, penuh dengan nasihat dan maklumat bisnes itulah mentor dan guru saya.
Apa yang dilakukan dan dituturkan sebagai mentee dan anak murid, dapat jelas menunjukkan siapa mentor dan guru kita.
Guru dan mentor yang lain, datang dari susun galur yang sama.
Mudah untuk diri, kerana mazhab dan dasarnya selari.
Guru dan mentor sebenar, membantu mengeluarkan yang baik dari diri dan menggali yang terbaik.
Mereka memberi ruang dan peluang untuk kita menjadi orang yang lebih bermanfaat atas kekuatan sedia ada.
“People made to be better.”
“Leaders are grown.”