TEGURAN dengan MAKLUMAT
Apabila dalam saat teruja dengan bisnes, adakalanya kita berkongsi banyak perkara dengan orang lain.
Namun, perkara yang dikongsi yang paling digemari orang ialah maklumat. Hinggakan mereka punya banyak maklumat atau mampu mengumpul banyak maklumat dan berbisnes dengannya digelar sebagai ‘infopreneur’.
Dalam banyak ketika, teguran yang dibuat dengan memberikan maklumat adalah teknik yang memberikan impak yang besar.
Walaubagaimanapun, maklumat baru adalah penting untuk diberikan kepada mereka yang sudah ada banyak maklumat.
Antara contoh maklumat lama yang tidak meninggalkan kesan kepada mereka yang sudah banyak maklumat ialah, “Merokok membahayakan kesihatan.”