MEMBUAT KEPUTUSAN BISNES dan kaitannya dengan DOKUMEN
Fasa dalam berbisnes ada sedikit persamaan dengan fasa perkahwinan.
1. Ada yang membuat keputusan untuk ‘bujang’ selamanya.
2. Ada yang bercinta dengan orang lain, bertunang dengan orang lain dan berkahwin dengan orang lain. Ada juga yang bercinta hingga hujung nyawa.
3. Ada yang berumahtangga, namun kedatangan pasangan bukan hanya satu. Ada yang berkahwin semula selepas berpisah, ada yang berkehsin semula selepas kematian pasangan, ada yang membuat keputusan untuk sendirian.
4. Ada yang mendirikan rumahtangga namun, jodohnya hanya setakat dan sekadar itu sahaja. Berpisah adalah keputusan akhir.
Bagaimana dengan bisnes?
Ada sedikit persamaan dalam perjalanannya.
Namun, hakikat bisnes itu ada panduan ‘muamalat’ dan perkahwinan pula ada panduan ‘munakahat’nya.
Kedua-duanya ada rujukan yang disebut DOKUMEN. Ada sijil kahwin dan ada perjanjian bisnes. Dokumen ini ada fungsinya.
Dalam bisnes, ia sangat penting untuk mengawal emosi diri. Maka, seperti nasihat mereka yang pakar, lihat ‘default’ klausanya. Lihat dimana klausa ‘penyelesaian’nya.
Sesungguhnya, kepenatan emosi lebih banyak menghalang dan menggagalkan orang bisnes berbanding dengan masalah bisnes itu sendiri.