Teknik Paparan Produk
Ada banyak ilmu yang hanya pemain dalam bidang itu sahaja yang tahu. Samalah seperti ilmu bermain bola sepak.
Untuk jualan produk dalam kedai atau pasaraya, kedudukan pintu masuk, susunan barang dan lencongan pelanggan semasa berjalan dalam pasaraya ada ilmunya.
Contoh:
Secara semulajadi, orang kita lebih selesa membelok ke kiri daripada ke kanan. Gaya pemanduan kita juga begitu.
Maka, banyakkan ruang dan ‘display’ di sebelah kiri pintu masuk utama pasaraya atau kedai. Ruang sebelah kanan, minimakan sebaik yang boleh.
Cuba duduk di pintu utama kedai atau pasaraya dan perhatikan. Teliti kedudukan pintu dan susun aturnya.
Contoh kedai yang mudah untuk dilihat ialah SPEEDMART 99.
Contoh :
Secara semulajadi, mata pelanggan akan lebih tertumpu pada aras biasa semasa mereka berdiri. Maka, barang (untuk orang dewasa) yang biasanya diletakkan pada aras mata dewasa adalah jenama yang membayar lebih untuk mendapat tapak paparan di rak itu!
Perhatikan lokasi dimana pula barang kanak-kanak dipaparkan.
NOTA:
Teknik paparan dan susun atur sangat penting kepada semua produk yang diletakkan dikalangan banyak produk lain yang serupa.
Teknik ‘display’ untuk ROTI ABS juga berbeza mengikut lokasi. Dapatkan ilmunya dari mereka yang sudah melakukannya.