Kaitannya dengan BMC
Pada kebanyakan masa, rancangan bisnes disediakans ebelum memulakan bisnes. Rancangan bisnes ini merupakan ‘peta’ untuk perjalanan bisnes secara khusus. Bukan semata-mata untuk mendapatkan pinjaman kerajaan dan bank.
Kini, sebelum menyediakan kertas rancangan perniagaan, BMC untuk bisnes atau produk disediakan dahulu. Apabila bisnes sudah berjalan, BMC itu perlu dilihat semula dengan teliti.
Elakkan daripada menambahkan ‘key activities’ yang terlalu banyak pada fasa permulaan bisnes.
Contoh 1:
Apabila dalam BMC ‘key activities’ adalam ‘memasarkan’, usah masuk ‘pembuatan’ selagi ‘pemasaran’ itu belum stabil.
Contoh 2 :
Apabila dalam BMC ‘key activities’ adalah ‘pembuatan’ usah masuk ‘pengedaran dan logistik’ selagi aktiviti pembuatan itu belum stabil.
Apabila perlu menambahkan ‘key activities’, pertambahan ‘key resources’ adalah perlu, apabila ia menyebabkan perubahan kepada ‘cost structure’.
Jalan mengikut ‘timeline’ yang sudah disiapkan. Perbaiki mana yang perlu. Lewat 7-14 hari adalah lebih baik daripada terlalu jauh kehadapan.
Projek yang perlu dirancang selama 3 bulan yang dipercepatkan kepada 30 hari akan mempunyai risiko.