Baru-baru ini ada saya bercakap-cakap dengan beberapa rakan kongsi bisnes. Beliau menceritakan tentang ada beberapa maklumbalas yang diterima, berbentuk perkara yang sama dan berulang-ulang.
Bermaksud, ia tidak dibincangkan dengan fokus kepada penyelesaian. Lebih parah apabila maklumbalas itu disusuli dengan ugutan.
Lama-kelamaan, ia tidak dianggap sebagai perkara yang penting, malah nampak seperti perkara yang sengaja dibesar-besarkan pula.
Contoh:
“Puan, ada rakan niaga yang tidak puas hati dengan khidmat pengurusan kita. Mereka tidak puas hati kerana ianya tidak menepati apa yang mereka mahu. Jika perkara ini dibiarkan, ia akan merebak dan menjatuhkan motivasi tim.”
1. Fokus kepada penyelesaian.
2. Bincangkan dengan pihak yang bertanggungjawab, sudah mencukupi. TIDAK perlu bercakap dengan A yang tidak mempunyai bidang kuasa. Atau bercakap dengan B yang melangkaui bidang kuasa.
3. Bantu individu atau organisasi yang mempunyai kekangan itu supaya terus kepada berbincang dengan pihak terbabit.
4. Rujuk semula tatacara yang sudah ditetapkan oleh organisasi itu.
5. ‘Follow-up’ untuk memastikan sebarang penambahbaikan.
Maka,
“Puan, rakan niaga kita —– di cawangan —– mempunyai sedikit situasi. Saya sarankan kepada beliau untuk berjumpa dengan —– untuk bincang lebih lanjut. Saya mohon puan hubungi beliau dalam jangka masa terdekat agar dapat ia diselesaikan. Saya akan rujuk semula dengan puan minggu hadapan.”