Ada beberapa soalan mudah dan cara ringkas yang boleh dimulakan, untuk membina pelanggan.
1. Semak semula data pelanggan sedia ada.
2. Tanyakan kepada mereka apa yang menyebabkan mereka mengambil produk atau servis kita.
3. Cari dimana orang yang seperti mereka berada, tawarkan produk dan servis itu.
Ini juga adalah antara sebab utama saya terus aktif di FB.
NOTA petang hari, dalam hujan yang mengiringi…
Ada yang menyangka saya mahu masuk ‘politik’.
Ada yang menyangka saya ada niat mahu ‘menjatuhkan’ pihak tertentu.
Mudah sahaja. Saya sedang belajar dengan ramai orang.
Bukan bermakna saya sudah pandai.
Ia cuma memberi makna, setiap hari, saya mahu jadi lebih pandai dari semalam.
Yang pasti, kita semua manusia biasa. Ada kelemahan dan kekurangan. Yang menyebabkan kita luar biasa, adalah kebolehan berkawan-kawan dengan ramai orang.
Pesan Guru:
Terima semua orang jadi ‘friend’. Apabila beliau melakukan perkara yang salah, berikan saja maklumat dan tunjukkan cara yang betul.
Usah ‘kritik’. Tidak perlu ‘unfriend’ sesiapa, tidak perlu ‘buang’ sesiapa.