Ada antara kita yang sering mendapat idea dan cadangan baru. Maka, ramai juga antara kita yang akan menyebut, “Eh…kalau setakat itu, saya pun boleh buat!”
Maka, banyaklah idea dan ‘proposal’ yang hanya dikutip untuk dijadikan sumber rujukan. Kononnya, ‘Kita buat sendiri lagi bagus! Kita pun boleh buat sendiri.”
Lama-kelamaan, tidak ada satu pun yang dapat dilakukan. Malahan, pihak yang membawa ‘proposal’ dan ‘idea’ itu bekerjasama dengan pihak lain, dan mereka bertambah maju.
Dalam arena bisnes, kemahiran membentuk kerjasama itu penting. Kebiasaannya, satu bisnes akan mempunyai tim:
Tim pembanguan produk atau servis.
Tim pemasaran.
Tim logistik.
Tim pelaksana operasi.
Tim pengurusan kewangan.
Tim pengurusan sumber manusia.
Adakalanya, tim yang dibentuk tidak perlu berstatus ‘staf’ atau ‘pekerja’. Mereka boleh saja menjadi ‘rakan kongsi’ dalam bisnes. Tim yang bersifat ‘pekerja’ kini banyak berubah kepada tim yang berbentuk ‘anak syarikat’.
Dalam BMC, mereka boleh dimasukkan dalam kategori ‘key partners’. Cara berkembang dan berbisnes ‘solo’ ini, tidak lagi menjadi pilihan orang bisnes masa kini.
.