Ada lebih 10 pihak yang saya temui untuk berurusan jual beli bisnes dalam tempoh 6 bulan yang lalu. Ada yang berjaya ada yang tidak. Semasa proses perbincangan ada banyak perkara yang diminta, ditanya dan diperiksa.
Dari ‘valuation report’, kepada ‘current income statement’ dan ‘future business potential’.
Ada beberapa perkara yang saya lihat membolehkan bahasa bisnes kita diterima dengan mudah:
1. Kebaikan dan keburukan bisnes dijelaskan tanpa sembunyi.
2. Berikan maklumat. Pendapat dan maklumat diasingkan, tanpa memburukkan sesiapa.
3. Kerugian dan kesilapan teknikal dalam bisnes tidak dilihat sebagai kegagalan.
4. Tujuan transaksi jelas. Dari awal saya menyebutkan bahawa saya memang mahu ‘buat duit’ dalam bisnes.
5. Saya menawarkan ‘harga patut’ kepada pembeli, berdasarkan kira-kira dan dokumen. Bukan sesedap rasa yang saya suka.
6. Semua perkara boleh dirunding. Dalam bisnes, rundingan penting.
7. Apabila menghormati, kita akan dihormati.
.