Wanita memang istimewa. Tidak ada siapa yang menyangkal. Apabila ada wanita yang berjaya dalam kerjaya, mereka adalah antara contoh dan aspirasi kepada wanita lain yang berada dalam situasi bekerja.
Apabila ada wanita bekeluarga, yang berjaya dalam kerjaya, mereka juga menjadi contoh dan panduan kepada wanita berkeluarga yang lain. Apabila ada wanita yang berjaya dalam bisnes, begitulah juga.
Namun, masih ramai yang mengaitkan wanita berbisnes yang berjaya dengan mereka yang melalui kesukaran hidup. Rata-rata, kisah wanita yang kehilangan pekerjaan, yang menjadi ibu tunggal atau yang mempunyai tanggungan sendiri.
Maka ramai yang menyangka bahawa wanita yang berjaya itu mestilah mereka yang mengalami kegagalan dalam hidup.
Maka, apakah benar begitu?
+ Apakah hanya wanita yang perlu menjaga anak sendiri yang berjaya menjana wang dari rumah?
+ Apakah kerana mempunyai anak, barulah wanita mula memikirkan untuk berbisnes dan berjaya dalam bisnes?
+ Apakah hanya wanita dengan sokongan suami akan berjaya dalam bisnes?
+ Apakah hanya wanita yang mempunyai isu rumahtangga yang boleh berjaya dalam bisnes?
Apakah…?