Mengurus Bisnes Pendidikan : Gaya Pengurusan Amalan Lazim

Berbisnes sendirian tidak sama dengan bisnes berkumpulan.

Pengurusan bisnes yang dilakukan secara berkumpulan mempunyai cara yang berbeza mengikut polisi dan dasar bisnes syarikat berkenaan.

Beberapa individu dengan sumber, kebolehan dan kepakaran yang berbeza akan bersama dan menjalankan tugas masing-masing untuk mencapai tujuan dan matlamat bisnes.

Berbisnes dalam kumpulan membolehkan bisnes dikembangkan dengan cepat.

1. Syarikat pengurusan bisnes dimulakan dengan pesetujuan rakan kongsi yang menjadi pemegang saham dalam syarikat. Pemegang saham mempunyai hak dan tanggungjawab tertentu.

Mesyuarat Bahagian.
Mesyuarat Bahagian.

2. Ahli lembaga pengarah syarikat dilantik dengan mempunyai kuasa dan tanggungjawab tertentu.

3. Barisan Eksekutif pelaksana disusun untuk melaksanakan dasar dan polisi bisnes syarikat yang sudah ditetapkan.

Kesemua pihak menjalankan tugas masing-masing dengan adanya pembahagian kuasa dan kerja yang jelas. Setiap bahagian akan mempunyai ketua untuk mengkoordinasikannya.

Tugas pemegang saham dan ahli lembaga pengarah disusunkan dengan jelas meskipun mereka adalah individu yang sama. Ahli lembaga pengarah dilantik berdasarkan kebolehan individu terbabit dalam melaksanakan tugas dan peranannya itu.

Ada juga ahli lembaga pengarah syarikat yang tidak mempunyai pemegangan saham dalam syarikat dilantik.

Untuk memastikan sasaran dan perjalanan syarikat bertepatan dengan apa yang dipersetujui, kesemua pemegang saham pastilah akan memastikan mereka yang benar-benar mampu mengetuai perjalanan syarikat untuk dilantik sebagai ahli lembaga pengarah.

Selanjutnya, ahli lembaga pengarah akan mengetuai perngurusan syarikat yang dijalankan oleh eksekutif pelaksana pula.

Pembahagian tugas dan tanggungjawab yang jelas begini akan memastikan adanya proses ‘check and balance’ dalam pengurusan syarikat.

Meskipun syarikat yang hanya diuruskan oleh dua orang sama ada suami isteri, adik beradik, saudara mara, pengurusan seperti ini mesti dijalankan.

Senarai pemegang saham yang jelas didokumenkan dan lantikkan ahli lembaga pengarah syarikat adalah perlu. Susunan dasar dan polisi syarikat membolehkan ianya berjalankan meskipun ada indidivu yang keluar daripada syarikat atau mati.

Pengurusan syarikat akan bertambah matang dan bisnes dapat berkembang dan melalui fasa-fasa bisnes dengan selesa.

Apabila kita mahu bekerjasama dengan syarikat bisnes sedia ada, pengurusan sesebuah syarikat itu perlu kita fahami. Apabila tidak ada kelibat gaya pengurusan dengan amalan lazim, maka keputusan untuk bekerjasama dan menjadi rakan kongsi perlu dilihat semula.

.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.