Perlukah direbut semua peluang?

Banyak perkara yang dibaca dan dilihat tidak seperti yang difikirkan. Banyak juga perkara yang didengar tidak seperti yang dimaksudkan.

Hari ini, terdapat banyak peluang untuk ramai orang memasuki dunia bisnes. Sama ada mahu melukakan bisnes atau mengembangkannya, banyak juga insentif dan peluang yang ada.

Perlukah direbut semua peluang ini? Ramai yang berlumba-lumba mahu memulakan bisnes. Beberapa berikut perlu dilihat semua sebelum mengambil keputusan untuk memilih dan mengambil peluang yang sesuai.

Memulakan bisnes perlu kepada tujuan dan ‘goal’ yang spesifik. Kesemua objektif pelu dilaraskan dengan nombor-nombor yang boleh dikira.

Ini dapat memastikan bahawa objektif itu adalah sesuatu yang boleh dicapai dalam tempoh masa tertentu.

Artikel lain: Bisnes Pendidikan Kanak-kanak

Fokus juga merupakan asas kepada tujuan dan objektif untuk dicapai. Fokus dalam bisnes tersebut membantu untuk memastikan pasaran dan kategori pelanggan yang sesuai ditentukan. Atau diwujudkan jika perlu.

Perbezaan dalam bisnes menentukan keunikan sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh bisnes itu. Sebagai contoh, jika restoran itu adalah restoran tom yam, apakah perbezaannya dengan restoran tomyam yang lain?

Pengalaman secara langsung yang bersifat ‘hands-on’ akan membantu orang bisnes memahami masalah dan kesukaran dalam bisnes. Mengetahui perkara ini akan membantu kepada penyelesaian kepada apa yang boleh dilakukan tanpa perlu menyiasat kenapa. Ini mempercepatkan proses membuat keputusan dalam bisnes.

Peluang boleh dicipta.
Peluang boleh dicipta.

Peluang yang ada hanya akan dapat dimaksimakan apabila kita bersedia.

1. Tentukan hala tuju bisnes.

Susunkan rancangan pergerakan sekurang-kurangnya untuk tahun pertama dan kedua. Masuk suku tahun pertama, rancang gerakan tahun ketiga.

2. Mulakan dengan apa yang kita mahir.

Mula fikirkan untuk mencari sumber lain yang menampung kelompongan. Apabila kita mahir membangunkan idea baru, mula fikirkan cara mencari bakat menjalankan dan memasarkan. Begitulah seterusnya.

3. Sambil itu, terus belajar dan bermentor. Dapatkan individu atau sekumpulan individu yang mampu menjadi mentor dalam perjalanan itu. Dalam era IT seperti hari ini, maklumat sebegini sangat mudah untuk diperolehi.
.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.