7 Titipan dari Guru Tadika buat Ibu Bapa

Tingkahlaku positif anak-anak dari rumah yang dibawa ke tadika membolehkan proses adaptasi dengan suasana baru lebih mudah.

Ini membolehkan anak-anak akan lebih gembira, cepat berkawan dan kurang menangis untuk tempoh 5 hari pertama persekolahan.

1. Faham konsep ‘orang asing’ dan autoriti.

Cikgu atau guru bukan orang asing. Maka anak-anak faham bahawa mereka boleh memohon bantuan dan menyatakan keperluan diri kepada guru mereka.

2. Yakin dan boleh memberitahu nama penuh.

Anak-anak boleh menyebut namanya dengan tepat. Meskipun tidak penuh dengan nama ibu atau bapa.

3. Memberi jawapan apabila ditanya.

Anak-anak yakin menjawab soalan. Meskipun takut-takut, apabila ditanya secera bersedirian, mereka boleh menjawab.

4. Memberitahu keperluan diri.

Anak-anak tahu cara untuk memberitahu keperluan ke tandas atau makan dan minum. Mereka boleh memberitahu dan berani meminta bantuan.

5. Biasa dengan keadaan ramai dan bising.

Anak-anak tidak kekok untuk duduk bersama kawan yang ramai. Mereka biasa dengan keletah sesetengah kawan yang bising dan lasak.

 6. Faham dan boleh menerima arahan ringkas.

Anak-anak biasa dengan ajakan dan arahan ringkas dan asas.

Ini termasuk :
Duduk. Jalan perlahan. Senyap. Beratur. Satu persatu. Tunggu giliran. Susunkan. Berhenti.

 7. Biasa dengan keadaan ramai dan bising.

Anak-anak tidak terkejut dengan suasana kelas yang berbentuk kumpulan. Mereka juga biasa untuk tidak dilayan secara persendirian.

Mereka faham, guru bukanlah pembantu rumah.

 8. Anak-anak yang kenal dan ingat barang kepunyaan sendiri.

Anak-anak yang sudah biasa menguruskan barangnya sendiri akan lebih bertanggungjawab dan tidak menunggu bantuan orang lain sepanjang masa.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.