Buku Cerita untuk Kanak-kanak

Buku cerita merupakan antara bahan yang menjadi pilihan ibu bapa untuk dibeli. Sama ada sebagai hadiah, atau sebagai satu keperluan khusus dalam proses pembelajaran, buku memainkan peranan penting dalam sebuah keluarga.

Saya yakin, setiap keluarga di Malaysia mempunyai koleksi mereka sendiri di rumah.

Ada yang bersifat koleksi peribadi dan koleksi keluarga.

Anak-anak seawal usia 3 tahun sudah mula memberikan reaksi kepada buku atau apa juga bentuk bahan cetak. Ini adalah satu perkara yang semulajadi.

Warna dan juga jenis bahan merupakan antara yang menyebabkan anak-anak lebih tertarik dengan buku itu.

Ada perbezaan yang nyata anta buku bacaan dan buku yang perlu dibacakan untuk anak-anak. Kedua-duanya sama penting untuk pembangunan diri seorang anak kecil.

Apakah perbezaannya?

Buku cerita BUKAN alat untuk melatih kemahiran membaca.
Buku cerita kanak-kanak :
+ memupuk kemahiran pra bacaan
+ memberi ruang imaginasi untuk anak
+ membuka ruang komunikasi
+ menambah peluang menggunakan kosa kata baru
+ memberi kebebasan menilai dan memilih
+ memberi ruang membuat sendiri cerita baru
+ memberi kuasa membuat keputusan kepada pembaca
+ mempunyai teks yang sedikit
+ mempunyai gambar yang boleh bercerita tanpa teks
.

flyers buku min
Buku dalam siri ini ialah buku cerita bergambar kanak-kanak.

Manakala untuk kemahiran khusus untuk membina kemahiran membaca, carilah:
+ buku dengan susunan suku kata
+ buku dengan tahap bacaan bersiri (leveled or graded reading series)
+ buku dengan teks berwarna yang membezakan bunyi suku kata (atau perkataan)
+ buku dengan teks yang saiznya sesuai untuk umur anak itu
+ buku tanpa gambar atau sedikit gambar
+ tidak perlu gambar berwarna
.

.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.