SOROTAN PETANG : MENCIPTA REALITI

Realiti itu banyak diperkatakan.

Realiti itu, pada kebanyakan masa, amat jauh daripada apa yang kita mahu dan sangka. Kehendak dan kemahuan adakalanya melampaui keperluan yang membuatkan kita jauh tersasar tanpa sedar dalam dunia realiti kepunyaan orang lain.

REALITI SEORANG IBU TIRI

Ambil sahaja satu contoh, realiti kehidupan seorang ibu tiri.

Kehendak dan kemahuan dalam sebuah rumah, oleh setiap ahli keluarga itu berbeza terhadap seorang ibu tiri.

Ada yang mahukan seorang perempuan menjadi isterinya, dan melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri, sudah mencukupi.

Ada yang mahukan seorang ibu, yang mesti menyayangi anak-anak itu, sebagaimana ibu kandung mereka menyayangi mereka, itu yang diimpi.

Ada yang mahukan seorang perempuan, yang berada di persekitaran untuk melunaskan tugas-tugas am seorang ibu seperti menyediakan sarapan, menghantar anak ke sekolah atau melayan kehendak dan kemahuan mereka sebagai anak, itu antaranya.

Maka, apakah realitinya?
Apakah keperluan sebenar anak-anak dan ahli keluarga kepada seorang ibu tiri?
ATAU apakah realitinya kehidupan dan tugas seorang ibu tiri itu bergantung kepada apa yang orang disekeliling fikir dan tentukan?

Apakah mereka (ayah, ibu tiri, anak-anak dan ahli keluarga berkenaan) sedang hidup dalam realiti orang lain, atau bagaimana?

REALITI PENDIDIKAN

Dalam konteks realiti pendidikan, apakah sebenarnya ‘pendidikan’ yang kita perlukan untuk anak-anak yang bakal menjadi peneraju dan penerus legasi bangsa, agama dan negara?

Apakah yang kita berikan kepada mereka sekarang merupakan realiti hidup kita ATAU orang lain?

Ambil satu contoh yang dekat dengan kita.

Anak-anak kecil, mudah menguasai sesuatu kemahiran apabila kena cara pengajarannya.

Anak-anak yang memang mempunyai kelebihan dalam berbahasa lebih mudah belajar dan menguasai bahasa berbanding dengan anak lain yang mempunyai kelebihan dan kecenderungan yang berbeza.

Realitinya, kehidupan memerlukan mereka yang boleh menguruskan persepsi dengan baik.

Mereka yang bercakap dengan bahasa yang baik dilihat sebagai orang yang lebih pintar.
Mereka yang bercakap dengan bahasa yang teratur sering menjadi pilihan untuk dilantik menjadi ketua.
Mereka yang bercakap dengan tatasusila dan gaya mudah faham serta jelas, sering mendapat kemudahan untuk dinaikkan pangkat.
Mereka yang bercakap dengan gaya sopan dan menghormati orang lain mendapat perhatian apabila membuka mulut.

Tidak kira bahasa apa yang dikuasai oleh anak-anak, realitinya, mereka yang dapat mengawal dan memberikan persepsi yang meyakinkan, akan menang dalam dunia selepas belajar. (sama ada selepas SPM, STPM atau peringkat kolej dan universiti)

Realitinya, cabaran dunia alam dewasa ialah alam pekerjaan. Sama ada menjalankan bisnes, atau bekerja dalam mana-mana organisasi, karisma itu adalah antara salah satu ciri yang menjadi pilihan.

Realitinya, mereka yang bercakap dengan bahasa yang baik, teratur, bertatasusila, mudah difahami dan jelas, menjadi salah satu kayu ukur dilihat mempunyai karisma.

Institusi yang memerlukan kemahiran bahasa Inggeris, akan melihat kefasihan bertutur dan menggunakan bahasa Inggeris sebagai keutamaan.
Institusi yang memerlukan kemahiran bahasa Mandarin, akan menilai tahap kefasihan bertutur dan menggunakan bahasa Mandarin sebagai keutamaan.
Begitulah seterusnya.

Apakah kita sedang menyiapkan anak-anak kita sebagai penerus kepada legasi agama, bangsa dan negara, ATAU bagaimana?

REALITI BISNES PENDIDIKAN

NPO

Bisnes sering dikaitkan dengan untung dan wang.
Ya. Realiti dalam bisnes mesti untung walaupun sedikit.

Namun, sebagai orang bisnes, apakah kita ini hidup dalam realiti yang kita cipta ATAU realiti orang lain?

Konteks bisnes berlegasi membawa satu perjuangan dan idealisme yang kukuh. Ia membolehkan bisnes hidup untuk jangka masa yang lama.

Realitinya, apa pula idealisme yang kita bawa?
Petang tadi, (19.10.2014 jam 2.30 – 3.30 petang), slot yang dibawakan oleh Profesor Emeritus Abdullah Hassan, mencetuskan satu perkara tentang realiti yang mahu kita cipta.

Kita mahu merealisasikan sebuah bangsa yang berbudaya tinggi.
Bahasa merupakan satu saluran utama yang terpenting.

Budaya tinggi hanya boleh diwujudkan dengan penggunaan bahasa tinggi.

Budaya Melayu tinggi itu, membolehkan kita menjadi bangsa yang terhormat. Realitinya sekarang, apakah bahasa yang anak-anak kita gunakan sekarang menjurus kepada pembinaan legasi sebuah bangsa?

Apakah anak-anak kita kini, diberikan pendedahan budaya yang betul?

Budaya panggilan kepada mereka yang lebih tua, menghormati ‘personal space’ orang lain, termasuklah penggunaan bahasa yang sopan sudah semakin ditelan arus campuran bahasa yang tidak terkawal.

Apakah tahap penggunaan bahasa anak-anak kita (bahasa Melayu atau bahasa lain yang mereka pelajari), mampu menyiapkan mereka menghadapi realiti kehidupan sebenar di luar sana?

Contoh yang mudah. Mengajarkan anak kita menegur orang yang tidak dikenali dan berjumpa buat pertama kali dengan ayat, “Hi, uncle!” atau “Apa khabar Pak Cik?” tidak menyediakan anak-anak untuk menghadapai realiti masa hadapan.

[Dalam bahasa Inggeris yang rasmi (tinggi), biasanya panggilan ‘Sir’ digunakan. Dalam bahasa Melayu yang rasmi (tinggi),  Tuan digunakan.]

Anak-anak boleh diajarkan apabila kita mahu mengajarkannya. Anak-anak boleh berbahasa Melayu dengan baik, sopan dan memuliakan apabila kita menggunakan dan mengajarkannya. Ini realiti.

SUKAR?

Tiada yang mudah dalam dunia ini.

Ya, bisnes itu satu realiti.

Idealisme yang kita bawa dalam bisnes itu merupakan satu realiti yang kita mahu cipta. Tanpa idealisme, kita mudah berputus asa.

 

Mencipta realiti.  Merealisasikannya menjadi lebih  bererti.

 

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.