KERJAYA PENGURUS DI TADIKA

Bisnes merupakan salah satu entiti yang mesti diuruskan dengan tatacara yang betul. Apabila kita memulakan bisnes, banyak perkara yang kita lakukan sendiri. Bermula dengan idea dan pelaksanaannya, kitalah juga yang menyusun, melaksanakan dan menguruskannya.
Dalam kontek pengurusan, ia bukanlah satu konotasi mudah atau ringkas yang boleh kita bayangkan. Gaya duduk bersenang-lenang dan goyang kaki di pejabat, bukanlah satu gambaran sebenar tugas seorang pengurus.

Bergantung kepada jenis dan industri bisnes itu, cara dan gaya pengursannya berbeza antara satu dengan yang lain.
Kali ini, saya ingin menjurus secara khusus kepada situasi pengurus yang menguruskan bisnes pendidikan, tadika. Institusi pengurusan tadika biasanya memberikan tugas pengurusan kepada individu yang dikenali sebagai Pengetua.

Pengetua sebuah tadika ada yang dilantik tanpa mempunyai pegangan saham dalam bisnes.

Secara amnya, terdapat 3 jenis pengurus dalam bisnes yang kita temui:

a. Pengurus Baru

Pengurus baru biasanya masih melalui fasa eksplorasi. Ramai Pengurus baru memerlukan masa untuk membina keyakinan guru lain dalam tadika berkenaan untuk menerima beliau sebagai ketua.

Secara amnya, pengurus baru juga amat prihatin dan tahap penerimaan orang persekitaran. Namun, pengurus baru dikenali sebagai mereka yang tinggi kadar pematuhan kepada peraturan, tatacara, proses.

 b. Pengurus Berpengalaman

Pengurus yang sudah melalui 2 tahun atau lebih pengalaman dalam bidang pengurusan bisnes yang sama, biasanya menunjukkan tahap pemikiran yang sedikit berbeza. Mereka sudah mula memikirkan keperluan organisasi dan tim yang sedang bergerak bersama.

Pengurus berpengalaman kelihatan lebih matang dan mempunyai kemahiran mendengar. Mereka mampu menilai setiap situasi dengan baik. Walaubagaimanapun, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah atau isu tertentu meskipun mereka dapat mengenalpasti isu berkenaan.

c. Pengurus Matang

Pengurus yang matang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menguruskan emosi bekerja dalam berkumpulan. Biasanya, mereka juga adalah individu yang boleh mengendalikan situasi dengan baik.

Pada kebanyakan masa, pengurus yang matang selalu menghadiri program yang bersifat umum. Pengurus yang matang sentiasa mencari pengetahuan dan kemahiran baru.

Kerjaya pengurusan dalam bisnes pendidikan bukanlah sesuatu yang asing atau baru. Malah, ada matapelajaran khusus yang dimasukkan sebagai salah satu yang wajib dipelajari. Namun, ramai pengurus yang bekerja dalam bisnes pendidikan tadika, tidak begitu mendapat perhatian.

Apa juga fasa pengurus yang sedang dan bakal dilalui, ia merupakan perjalanan dan proses perkembangan yang biasa dalam mana-mana kerjaya.

KEPELBAGAIAN

Bisnes tadika sering dikaitkan dengan bisnes kecil tanpa sistem atau apa-apa peraturan khusus dalam pengendaliannya. Tanpa sedar, Pengetua tadika yang kita temui setiap hari apabila menghantar anak setiap pagi, adalah antara kerjaya yang tidak kurang mencabar.

Industri pendidikan yang sering bersifat setempat, membolehkan kita melihat kepelbagaian model pengurusan yang unik. Pengurus sebuah tadika atau Pengetua merupakan antara kerjaya yang menarik untuk diteroka.
.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.