RAIKAN KEJAYAAN KECIL, MESKIPUN DI JALANAN

Pagi tadi, seperti biasa, saya memandu ke pejabat. Perjalanan dari rumah saya di Kajang ke pejabat hampir 40 kilometer. Saya memilih untuk melalui lebuh raya keluar terus ke Balakong, kemudian melalui MRR2 menghala ke Gombak.

Seperti biasa, jalan tidak pernah kosong. Melalui laluan jalan yang besar, namun kenderaan masih banyak. Saya lihat jam sudah menunjukkan jam 8.30 pagi.

Meskipun perjalanan hanya 40 km, ia boleh mengambil masa antara 90 – 120 minit. Pemanduan saya juga setenang pagi itu. Kereta banyak, namun trafik memang lancar. Sepanjang jalan banyak benar lori dan kenderaan besar. Saya memandu seperti biasa di lorong tengah.

Tiba-tiba, tanpa saya sedar, sebuah lori yang dipandu di laluan kiri sekali masuk ke laluan tengah dengan mengejut dalam keadaan saya berada disebelahnya.

Saya segera menekan brek dengan kuat untuk memberi laluan kepada lori itu melepasi kereta yang saya pandu. Oleh kerana pemandu lori itu memandu laju, dan kereta di belakang saya agak jauh, tiada apa-apa berlaku.

Saya tidak berkata apa-apa dalam keadaan terkejut itu, Malah, tidak langsung saya terfikir untuk membunyikan hon kereta. Saya meneruskan pemanduan di lorong tengah sementara lori tadi sudah dihadapan dan masuk semula ke lorong kiri sekali.

Apabila saya hampir semula dengan kedudukan lori itu, saya lihat pemandu lori itu, mengeluarkan tangan beliau dengan isyarat yang saya faham sebagai, “Maafkan saya. Saya tidak nampak kereta Puan tadi.”

Saya pula dengan spontan mengangkat tangan kiri saya menandakan, “ Tidak mengapa.” Tanpa sedar, saya senyum.

Indahnya berbicara dijalanan bersama pemandu lain dengan bahasa yang datang dari ‘hati’. Saya gembira.

Saya teringat, pernah satu hari, saya dihon oleh pemandu di belakang. Pemanduan saya agak biasa dengan kelajuan 80km/jam di lorong tengah. Memandangkan jalan agak sibuk, saya mengambil masa untuk masuk ke lorong kiri sekali untuk membolehkan beliau memotong. Lorong kanan sekali juga agak sibuk.

Selepas beliau memotong, beliau membunyikan hon hampir 3 kali sambil mengangkat tangan dengan isyarat yang saya faham sebagai, ”Apa pandu lambat sangat? Tak tahu ke orang nak cepat ni?”

Pernah satu ketika yang lain, semasa memandu di lorong paling kiri, saya tidak nampak langsung ‘signal’ yang diberikan oleh sebuah treler panjang yang mahu membelok ke kiri. Maklumlah, kereta yang saya pandu itu saiznya sangat kecil berbanding dengan semua kenderaan di atas jalan raya.

Apabila sedar bahawa kepala lori mula membelok, saya memberhentikan kereta. Tidak sampai 10 saat, pemandu lori itu keluar, juga memberikan isyarat tangan kepada saya. Isyarat yang saya faham, “Hoi, tak ada otak ke? Saya nak masuk kirilah!”

Ini hanya sebahagian insiden yang saya lalui sepanjang 12 bulan yang pernah saya ingat dengan jelas. Saya mula terfikir.

Apakah ada banyak situasi jalanan yang boleh kita jadikan panduan?

Agaknya, berapa banyakkah panduan yang boleh dikumpul dari pengalaman memandu 40km ke pejabat (80km termasuk perjalanan pulang) setiap hari?

Selama ini, hampir ¼ daripada waktu siang setiap hari yang saya habiskan memandu itu, pelajaran apakah yang saya kutip? (selain daripada rasa penat yang amat)

Insiden yang berlaku sepanjang pemanduan itu, memberikan kesan kepada emosi seharian kita. Dalam apa juga situasi, reaksi yang kita tunjukkan adalah kesan daripada emosi kita.

[1] Bagaimana kita bermula akan memberi kesan kepada keseluruhan perjalanan kita.

[2] Emosi kita adalah faktor yang kita boleh kawal.

[3] Bertenang dan menerima keadaan (fakta) membolehkan kita berfikir dengan lebih baik.

[4] Kita bertanggungjawab ke atas setiap keputusan yang kita ambil dan reaksi yang kita buat.

[5] Rutin yang membosankan akan bertambah menekan apa bila kita berhenti menikmati pencapaian-pencapaian kecil meskipun di jalanan.

Mengawal marah, memaafkan orang lain serta berlapang dada adalah antara kejayaan yang boleh kita raikan.

Ada banyak kejayaan kecil, yang mesti kita raikan, meskipun ia hanya pengalaman jalanan.

.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.