MEMBUAT KEPUTUSAN : Perkara Baru yang Membuat Kita Keliru.

Setiap hari yang kita lalui merupakan satu lembaran baru. Ia umpama sekeping kertas putih yang perlu kita pilih untuk tulis, lukis, conteng atau apa jua cara yang kita mahu isikan pada muka surat itu.

Apabila ia kelihatan baru, ia membuatkan kita berfikir beberapa kali sebelum melakukan apa-apa.

Pertama, biasanya kita akan menilai apa yang kita mahu lakukan. Bagaimanakah nilaian itu dibuat? Kita sering bertanya kepad diri sendiri dengan soalan-soalan beikut:

+ Bolehkah?
+ Tidak apa kan?
+ Bagaimana jika saya salah?
+ Apa kata orang lain?

…dan banyak lagi soalan lain yang akan menjadikan kita bercakap-cakap dengan diri sendiri secara negatif.

Kedua, kita akan ada rasa ragu-ragu tentang keputusan yang kita ambil untuk melakukan perkara itu. Keraguan ini boleh menjadikan tindakan kita lambat. Keputusan yang mahu dibuat juga akan mengambil masa yang lebih lama.

Dalam situasi tertentu seperti dalam bisnes, keraguan dapat dikurangkan dengan adanya analisis data dan maklumat yang berkenaan. Begitu jugalah dengan keputusan untuk melakukan sesuatu yang baru dalam kehidupan. Ia sama seperti melakukan satu perkara yang tidak pernah kita fikir untuk lakukan!

Ketiga, kita mula bertanya kepada beberapa pihak lain untuk mendapatkan sokongan akan tindakan yang kita ambil itu. Mendapat persetujuan pihak ketiga dan orang lain hanyalah salah satu cara bagi kita menenangkan emosi sendiri.

Apabila mahu membuat keputusan melakukan perkara baru, kita terdorong untuk tidak mahu dipersoalkan akan kredibiliti kita seandainya gagal.

Lalu, kita sering menjadikan alasan adanya sokongan pihak lain atas keputusan yang kita buat. Ini juga sering mendorong kita untuk menyalahkan orang lain seandainya hasil yang kita perolehi tidak semerti yang kita mahukan.

Pada kebiasaannya, ramai diantara kita akan mengikut ‘kata hati’. Kata hati sering dikaitkan dengan pilihan yang beremosi. Namun, apabila keputusan yang diambil itu merupakan antara pilihan yang sudah difikirkan dan dilihat sebagai terbaik, maka setiap individu berhak membuat keputusan itu.

Meskipun ia melibatkan perkara baru, keliru itu bagus. Ia memberikan kita ruang berfikir. Ia juga membuatkan kita sentiasa awas dan bersedia dengan kemungkinan lain yang mungkin ada di luar jangkaan.

Pernah satu ketika, saya membuat keputusan untuk berhenti kerja dan duduk sahaja di rumah. Waktu itu, saya sudah mempunyai seorang anak dan bakal menimang cahaya mata yang kedua.

Melihat situasi keluarga yang baru bermula dan situai kerjaya, saya mula memikirkan untuk melakukan sesuatu yang baru. Berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa adalah antara perkara baru yang pernah saya fikirkan pada ketika itu.

Saya juga pernah melakukan perkara yang sama. Bertanya dengan beberapa orang. Mendapatkan pandangan dari sisi yang baru. Kebaikan dan keburukan diteliti satu persatu. Situasi diri, keluarga dan perkara mendatang juga masuk dalam senarai.

Ada satu perkara yang saya sedar semasa proses mendapatkan input daripada orang lain. Rupa-rupanya, apabila kita sudah membuat satu keputusan, apa juga input yang kita terima sukar untuk mengubahnya.

Melainkan sekiranya ia hanyalah sekadar idea dan olahan minda semata, ia akan terkesan dengan semua input dan pandangan luar yang kita terima.

Banyak perkara baru dalam hidup kita bermula dengan satu idea baru. Idea baru yang kita mahu laksanakan. Idea baru yang kita mahu jadikan kanyataan. Hakikatnya, keputusan yang kita buat mempunyai banyak proses.

Apa jua perkara baru yang sebelum ini kita tidak pernah terfikir untuk melakukannya, ia tetap menjadikan kita sebagai seorang individu yang berani meneroka.

Melihat idea kepada satu peluang.
Memandang yang baru sebagai impian.
Melihat yang baru itu sering menjadikan kita keliru.
Ia bakal menjadi permulaan untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.