MEMIMPIN DAN MELATIH : Anak-anak boleh berdikari?

Ramai yang menceritakan dan berkongsi pengalaman minggu pertama menghadiri sesi persekolahan. Sama ada diperingkat sekolah rendah atau tadika, ia menjadi antara topik yang menjadi sebahagian suka dan duka perkongsian ramai ibu bapa.

Bagi anak-anak yang masih berumur antara 4 – 6 tahun, cara mereka mengadaptasi diri dengan suasana juga tidak sama dengan anak-anak yang berumur 7 tahun. Malah, ada kanak-kanak yang berumur 6 tahun masih memerlukan bantuan untuk selesa dengan suasana tadika baru.

Suasana di tadika yang banyak memberikan ruang kapada anak-anak kecil menerima bantuan berterusan dan pengawasan yang lebih teliti berbanding sekolah rendah menjadi antara perbezaan yang jelas apabila mereka melangkahkan kaki ke kelas darjah 1.

Ada banyak cara yang dikongsikan oleh rakan ibu bapa dalam usaha memastikan anak-anak boleh berdikari dan berani membuat keputusan untuk dirinya sendiri tanpa adanya ahli keluarga bersama mereka.

 

Ya, anak-anak mesti mempunyai beberapa kemahiran asas untuk boleh berdikari dengan selesa apabila mereka berada di luar pengawasan keluarga.

  1. Boleh menyatakan keperluan diri yang asas kepada orang lain.
  2. Mempunyai pengalaman asas berkawan dan membawa diri dalam kumpulan.
  3. Boleh membezakan perkara asas termasuk antara yang selamat dan bahaya, yang baik dan jahat.
  4. Mempunyai maklumat asas (pengetahuan am yang menckupi) untuk anak yakin membuat keputusan sendiri.

 

Sebagai ibu bapa, sudah pasti kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Walaubagaimanapun, apabila kita melihat situasi sebenar, ada perkara yang kita mesti lepaskan dan ada perkara yang perlu kita ambil alih secara teknikalnya.

Sebagai contoh, apabila anak kita mengambil perkhidmatan van sekolah, anak kita perlu melepaskan keselesaan seperti mana apabila mereka menaiki kenderaan keluarga.

Apabila anak kita pergi ke kantin membeli makanan, anak kita perlu melepaskan keselesaan adanya ‘waiter’ mengambil pesanan dan menghidang makanan seperti kita makan direstoran bersama keluarga.

Banyak contoh lain yang boleh kita jadikan panduan untuk kita meyediakan dan melatih anak kita melalui alam persekolahan yang sebenar. Ia sememangnya tidak sama dengan situasi di tadika dan dirumah.

Apa yang boleh kita lakukan?

  • Memberi pendedahan, peluang dan ruang berbicara kepada anak-anak.
  • Menyediakan platform untuk anak membuat keputusan sendiri dan belajar daripada pengalaman itu.
  • Bina keyakinan diri mereka dengan memberikan mereka kepercayaan.
  • Memberi bantuan dan sokongan moral sebelum anak betul-betul boleh berdikari.

.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.