My original post can be found here.
http://geniuspreschoolnote.blogspot.com/2011/07/homework-what-do-i-have-to-say-about-it.html
Sebagai ibu dan individu yang pernah berada dalam institusi pendidikan awal kanak-kanak, saya percaya bahawa pengalaman hidup merupakan pembelajaran yang penting bagi anak-anak. Apa yang dipelajari dan diterokai bersama guru di sekolah merupakan antara perkara yang perlu didokong dan disokong di rumah.
Antara aktiviti yang mempunyai kelebihan dan kelemahan ialah memberikan kerja rumah atau ‘homework’ kepada anak-anak.
Homework membawa banyak sisi pandang dan kesan kepada anak serta ibu bapa dan keluarga. Biasanya, kita melihat ‘homework’ itu dalam bentuk tugasakan dalam kertas dan buku yang bermuka-muka.
Bagi anak di sekolah rendah, ia merupakan perkara biasa. Untuk membiasakan diri, anak-anak darjah 1 biasanya akan mengambil masa untuk mengadaptasikan diri dengan rutin dan jadual.
Sebagai orang dewasa yang berada bersama anak-anak, kita juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan mesej yang betul diterima oleh anak-anak kita.
- Apakah homework itu menjadi beban kepada anak atau ibu bapa?
- Apakah ia menjadi keperluan atau sekadar melepas batuk di tangga?
Sudah tentu perkara ini tidak menjadi isu kepada mereka yang berada di mana-mana institusi pelajaran tinggi.
Namun, ia bermula dari seawal usia anak 4 tahun. Secara peribadi saya melihat ‘homework’ sebagai satu perkara baik asalkan ia memenuhi beberapa kriteria.
Mari kira kongsikan kriteris secara khusus untuk anak-anak di tadika. ‘Homework’ biasanya diberika atas dasar beberapa sebab dan situasi:
1. Tugasan di dalam kelas yang belum atau tidak dapat disiapkan.
Di tadika, guru-guru biasanya mempunyai jadual yang khusus. Malah, kandungan pembelajan mingguan juga sudah disusunkan secara teratur.
Namun, perjalanan sebuah kelas tadika memerlukan banyak fleksibiti dan perubahan mengikut situasi dan perkembangan anak-anak dalam kumpulan itu.
Ada sebahagian besar anak-anak yang memerlukan perhatian khusus untuk keperluan tertantu dan ada juga sebilangan yang lain boleh melalui semua aktiviti dengan panduan yang minima.
Oleh itu, bagi anak-anak yang memerlukan lebih masa untuk menyiapkan tugasan berbentuk fizikal yang melibatkan kemahiran motor halus seperti menulis dan mewarna, adakalanya guru akan meminta anak-anak untuk menyambung aktiviti itu di rumah.
Ini membolehkan anak itu dapat terus mengikuti perjalanan pembelajran yan dirancang bersama anak-anak lain dalam kumpulan yang sama.
2. Sebagai aktiviti tambahan mengukuhkan pemahaman.
Pembelajaran berkumpulan dan secara individu biasanya dijalankan secara berjadual oleh guru-guru di tadika. Ada slot dan sesi tertentu yang akan melibatkan sesi individu.
Namun, kebanyakan aktiviti di tadika berbentuk aktiviti berkumpulan. Oleh itu, ‘homework’ biasanya diperlukan agar apa yang sudah difahami di dalam kelas bersama kumpulan dapat dikukuhkan lagi.
‘Homework’ ini biasanya berbentuk perkara dan konsep yang sudah diajarkan di dalam kelas.
3. Sebagai latihan ulangan untuk anak-anak yang memerlukan masa yang lebih untuk memahami konsep baru.
Ada sebilangan anak-anak kecil yang memerlukan ulangan yang lebih daripada apa yang diadakan di dalam kelas.
Untuk memastikan anak-anak dapat memahami dan mengingatkan beberapa perkara penting dalam konsep baru itu, biasanya ‘homework’ yang berbentuk ulangan akan diberikan untuk di bawa pulang.
4. Mendorong adanya masa ibu bapa-keluarga-anak di rumah.
Penglibatan ibu bapa atau keluarga di rumah juga merupakan antara tujuan guru-guru menyediakan ‘homework’ untuk di bawa pulang.
Ini membolehkan anak-anak berkongsi dengan keluarga dan ibu bapa mereka akan aktiviti dan kemahiran yang mereka sudah pelajari di tadika.
5. Membina hubungan (komunikasi maklumat) tadika-rumah.
‘Homework’ yang di bawa pulang juga menjadi sebahagian cara untuk menjadikannya sebagai ruang ‘cross-checking’ antara ibu bapa dan guru tadika.
Dari sinilah ibu bapa dapat melihat perkembangan anak dan juga kemahiran guru dalam menjalankan tugasan memantau tugas dan aktiviti latihan anak-anak.
Lanjutan daripada itu, mereka boleh berkomunikasi antara satu sama lain untuk tujuan penyelesaian atas sebarang isu teknikal yang biasanya timbul dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kandungan pembelajaran dan bahan pembelajaran yang dibawa pulang membolehkan ibu bapa mendapat maklumat tentang apa yang anak-anak mereka lakukan di tadika.
Ini seterusnya bakal memberikan ruang dan peluang kerjasama berterusan antara ibu bapa dan guru serta pengurusan tadika untuk membantu anak-anak mencapai tahap perkembangan yang sesuai.
6. Memupuk anak-anak yang lebih berkeyakinan.
Anak-anak yang diberikan sokongan moral untuk menyiapkan tugasan dapat didorong secara semulajadi.
Pencapaian yang sedikit dengan pujian yang betul membolehkan anak-anak membina keyakinan diri.
7. Menyediakan anak-anak untuk menghadapi situasi sebenar dalam fasa seterusnya : pendidikan di sekolah rendah.
Rutin dan kebiasaannya duduk dan menyiapkan tugasan sekolah di rumah membolehkan anak-anak bersedia untuk rutin biasa apabila mereka masuk ke alam persekolahan selepas tadika iaitu sekolah rendah.
Namun, ia masih bergentung kepada rancangan pendidikan anak-anak.
SARANAN UNTUK MEMBERI ‘HOMEWORK’ KEPADA ANAK TADIKA
‘Homework’ yang berbentuk akademik yang melibatkan buku, tulis dan baca:
1. Tugasan itu BUKAN konsep baru yang tidak pernah atau belum diajar.
Ia mestilah kandungan yang SUDAH DIAJAR dan SUDAH DITUNJUKKAN di dalam kelas.
2. Tugasan itu tidak terlalu lama dan panjang.
Anak 4 tahun:
Jumlah ‘homework’ mestilah boleh disiapkan dalam tempoh kurang daripada 4 minit.
Anak 5 tahun:
Jumlah ‘homework’ mestilah boleh disiapkan dalam tempoh kurang daripada 6 minit.
Anak 6 tahun:
Jumlah ‘homework’ mestilah boleh disiapkan dalam tempoh kurang daripada 10 minit.
.