Ramai rakan sekerja malah ibu yang menjadi suri bercerita tentang anak-anak yang banyak menghabiskan masa untuk menyiapkan tugasan sekolah di rumah. Kebiasaannya, rakan dan ibu seperti saya ramai yang mempunyai anak-anak yang masih belajar di peringkat sekolah rendah dan tadika.
Masa bersama anak-anak di rumah terdiri daripada pelbagai situasi, mengikut dinamik keluarga yang ada.
Secara amnya, sudah tentulah masa di rumah pada hari bersekolah lebih kepada menghabiskan masa menyelesaikan tugas sekolah dan menyiapkan apa yang perlu di rumah.
Bersiap untuk esok, berkemas dan ke sekolah adalah antara rutin biasa pada hari persekolahan.
Apabila tiba hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad, perkara biasa termasuklah:
- Mengemas pakaian dan membersihkan rumah.
- Mengemas dan menyusun atur kelengkapan untuk minggu hadapannya.
Seperti biasa pakaian dan keperluan sekolah mesti sudah di
kemaskan pada hari Sabtu agar Ahad menjadi hari yang lebih
lapang dan cukup masa untuk aktiviti keluarga yang lain.
- Menyemak tugasan sekolah.
- Menghadiri kelas tambahan bagi kebanyakan anak yang bersekolah rendah atau menengah.
- Meluangkan masa untuk aktiviti khusus berbentuk kekeluargaan. Ini termasuklah seperti :
- Memasak menu istimewa.
- Keluar makan sekeluarga.
- Menziarahi sanak saudara.
- Membawa anak-anak keluar bersantai.
Apa juga yang dilakukan bersama pada hujung minggu, ia merupakan salah satu inisiatif ibu bapa untuk bersama keluarga. Ada juga yang mendapati aktiviti hujung minggu hanya menambah sukar apabila ia melibatkan perbelanjaan yang banyak.
Rutin meluangkan masa bersama keluarga adakalanya dikaitkan dengan perbelanjaan besar.
Apakah sebenarnya yang dicari apabila kita meluangkan masa untuk keluarga?
- Masa bersama.
Ia merupakan masa untuk bersama-sama.
Sama-sama duduk.
Sama-sama main.
Sama-sama menonton.
Sama-sama melipat baju.
Ya, aktiviti biasa yang dilakukan bersama-sama.
- Biasakan dengan aktiviti riadah.
Aktiviti riadah biasanya kurang melibatkan belanja atau tiada langsung memerlukan belanja.
Biasanya, aktiviti yang mudah bermula di rumah sahaja.
- Bekerjasama dan saling memahami.
Masa hujung minggu merupakan masa terbaik untuk melakukan beberapa perkara dengan kerjasama semua pihak.
Ada yang membantu di bahagian mengemas, membersih dan menyusun atur.
Meskipun hanya mempunyai anak seorang sahaja, anak kita masih boleh diberikan tugasan yang ringkas dan boleh dilakukannya.
- Bercerita, bertukar berita.
Masa sebegini jugalah yang kita gunakan untuk duduk-duduk dan berbual-bual. Sama ada dalam kereta, di ruang tamu atau di meja makan, mana-mana yang sesuai.
Namun, biasanya ia memerlukan situasi santai, gembira agar tidak memberi sebarang tekanan dan rasa gundah gulana.
- Masa bersama, tidak semestinya mesti berbelanja.
Bersama dan meluangkan masa boleh dirancang. Ia tidak semestinya memerlukan belanja.
Meskipun ya, jumlah perbelanjaan boleh dikawal. Asalkan ada kerjasama dan persefahaman, masa bersama boleh berlaku bukan sahaja pada hujung minggu, malah bila-bila masa sahaja.
Bagi saudara, masa bersama keluarga di hujung minggu itu pula bagaimana?