JELAS DENGAN BIDANG TUGAS
Meskipun jawatan yang diberikan itu memberi gambaran akan tugas yang perlu kita lakukan, ia masih memerlukan pemahaman lanjut.
Sebagai seorang yang mahu berjaya dalam kerjaya ini dan pergi lebih jauh, seharusnya, semua perkara ini diterima dalam bentuk bertulis yang boleh dirujuk semula dari masa ke semasa.
Guru Tadika, merupakan satu jawatan. Namun, tugas dan tanggungjawab yang menepati sasaran institusi mestilah diterima dengan jelas.
Tugas perguruan melangkaui apa yang orang awan jangkakan. Ia melibatkan tugas khusus pengajaran dan pembelajaran dan pada msa yang sama mempunyai tugas lain termasuklah:
- Pengurusan kelas dan data
- Penyediaan alat dan bahan pembelajaran
- Penyediaan laporan secara berkala
- Menghadiri latihan dan program pembangunan guru
- Menyertai mesyuarat dan perjumpaan
Semak dengan jelas, apakah tugas sebanar yang dijangkakan daripada kita. Ini membolehkan kita dapat menjalankan tugas dengan baik serta memberikan hasil yang menepati kehendak institusi dan keperluan pengembangan kerjaya.

Sekiranya tidak menerima penjelasan, berhubunglah dengan bahagian berkenaan dan dapatkan keterangan serta maklumat lanjut.
Apakah saudara dan saudari tidak pernah diberikan senarai tugas, ‘job scope’ dan orientasi di tempat kerja?
Apakah saudara dan saudari bekerja dengan organisasi dan orag yang betul?