Apakah yang boleh kita raikan?
Bagaimana caranya?
Salah satu perkara yang mudak ialah dengan meraikan pencapaian :
- Kemahiran baru
Apabila anak kita menunjukkan kemahiran baru, bantu beliau untuk menghargai kerjanya dan hasilnya walaupun nampak kecil.
Contoh :
- Apabila anak baru belajar lagu ‘burung kakak tua’ minta beliau nyanyikan, rakam dengan menggunakan handphone dan perdengarkan semula.
Seandainya ada adik-beradik yang lain, kongsikan rakaman. Jadikan sesi perkongsian sebagai salah satu cara memberikan semangat dan meraikan apa yang dicapai oleh anak kita.
- Apabila anak menunjukkan hasil seni atau lukisan, ambil gambar dan tunjukkan kepada beliau. Bagi ibu dan bapa yang mempunyai lamam blog, bolehlah dikongsikan.
Rang dalam website dan blog boleh dijadikan salah satu cara mengabdikan hasil kerja anak-anak untuk rujukan pada masa akan datang.
- Sediakan satu ruang khas yang membolehkan kita menggantung hasil kerja anak-anak. Dinding di dalam bilik, ruang belajar atau di pintu bilik juga adalah antara ruang yang mudah untuk diaturkan.
Ia membantu anak-anak seronok dan mahu meneroka lebih banyak perkara baru di sekolah.
Bagi kita yang mementingkan ‘privacy’ dan kurang gemar berkongsi di media sosial, tidak semestinya gambar dan video perlu di’upload’. Jadikan sahaja sebagai koleksi peribadi untuk tatapan sekeluarga.
.