Mengesan apa yang boleh dipuji.

www.facebook.com/noraminahomar

 

Apa yang kita boleh lakukan?

Perhatikan perubahan positif anak-anak selepas melalui 2 minggu awal persekolahan. Kemudian, perhatikan perubahannya secara berkala, sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Antara 3 perkara yang boleh kita teliti secara amnya ialah perkembangan dan perubahan positif anak dari segi:

 

1. Emosi

Perkembangan emosi anak-anak ini boleh dilihat dengan lebih jauh. Bukan sekadar gembira, sedih, dan suka semata-mata.

Salah satu perkara yang penting ialah “percaya diri”. Lihat perubahan anak-anak dari segi keberanian mereka:

 

  • Berkongsi dengan kita cerita di tadika
  • Menunjukkan kepada kita bahan atau buku atau hasil kerja di tadika
  • Berkongsi lagu atau apa-apa perkataan baru atau cerita yang mereka dapat di tadika

 

Anak-anak yang emosinya diberikan ruang secara positif di tadika akan dapat melakukan 3 perkara di atas dengan mudah dan yakin apabila berada di rumah.

Ini merupakan satu lagi kejayaan yang kita harus raikan. Sama ada dengan pujian, atau dorongan lain dengan meminta mereka bercerita dan lebih berkongsi, anak-anak akan faham bahawa kita meraikan dengan memberikan persetujuan.

Perkembangan inilah yang akan menjadi asas kepada keyakinan diri untuk anak kita terus memahami dan menyertai aktiviti di tadika dengan lebih baik.

Walaubagaiamanapun, biasanya anak lelaki mempunyai tempoh perkembangan emosi yang berbeza dengan anak perempuan.

Selagi mana ianya tidak membimbangkan, dan perubahan positif sentiasa ada, kita bantulah anak kita itu melalui fasa perkembangan emosi dengan lebih baik.

“Anak yang bersedia emosinya akan dapat menerima apa juga input yang diberikan dengan baik.”

 

2. Komunikasi

Kita juga boleh memerhatikan gaya serta cara anak kita berkomunikasi. Apakah ada sebarang perubahan baik dari segi nada, gaya dan kosa kata bahasa yang digunakan?

Seandainya ya, bermakna kita sudah ada perkara yang boleh diraikan bersama.

Anak-anak kita yang mula menggunakan ayat-ayat permohonan dan meminta izin juga merupakan satu tanda kemahiran komunikasi yang bertambah.

Anak-anak kita yang mula menggunakan kata soal yang sopan dan teratus apabila bercakap juga menjadi satu kejayaan.

Apabila anak-anak kita mula faham adab dan tatacara memberi salam, mengucapkan salam, berterima kasih dan bertanya khabar kepada saudara mara, itu juga merupakan satu kejayaan.

Perubahan cara komunikasi ini ada banyak kaitannya dengan konsep “percaya diri” yang tinggi. Ini juga memberikan kesan kepada cara anak-anak membina kemahiran sosial.

 

3. Sosial

Kemahiran bersosial memerlukan masa untuk dibina. Anak-anak perlukan ruang yang kondusif dan selamat untuk belajar berkawan, menerima dan diterima oleh orang sekeliling.

Mereka juga belajar akan perbezaan budaya dan cara di tempat lain selain daripada di rumah. Cara mereka bersosial di tadika berbeza dengan cara mereka bersosial di rumah sendiri atau di rumah saudara mara.

Di tadika, anak-anak akan faham akan adanya untdang-undang dan peraturan. Adanya rutin dan jadual bersama guru sebagai ketua dan rakan-rakan yang lain untuk bermasyarakat.

Secara ringkas, anak-anak punya banyak kejayaan yang boleh kita raikan setiap hari. Ia Nampak kecil di mata kita, namun ia merupakan satu langkah awal kepada pembangunan karakter anak-anak untuk jangka masa panjang.

Ini semua adalah antara langkah awal kepada proses ‘behaviour modification’ yang berlaku secara berterusan tanpa kita sedari.

 

  • Apabila anak mula menunjukkan perubahan positif dari segi tutur kata, berikan perhatian.
  • Apabila anak mula menyanyikan lagu, beri ‘telinga’ untuk mendengar.
  • Puji tingkah lakunya dan nyatakan kesan baik hasil daripada tingkah laku itu.
  • Bagi anak-anak ini satu kejayaan. Raikannya agar mereka membina asas kepada keyakinan diri.

10301433_10152379592455502_5401507163000978961_n

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.