Menjadi seorang guru merupakan satu keputusan yang tidak semua orang mampu lakukan. Guru itu, mempunyai tugas dan keperluan yang khusus bagi mencapai objektif kerjayanya.
Pada masa yang sama guru tadika khususnya, mempunyai nilai dan falsafah diri yang perlu diseimbangdan diselaraskan dengan keperluan kerja, rakan sekerja dan organisasi kerja. Perkara yang dilihat mudah pada masa kasar, sebenarnya memerlukan kebijaksanaan yang tinggi untuk menyempurnakannya dengan berjaya.
Apabila berada dalam sati institusi dan situasi kerja, perlu dilihat apakah laras minima yang sudah ditetapkan. Biasanya ini akan melibatkan beberapa perkara asas yang amnya seperti berikut:
- Pengajaran dan pembelajaran : Menjalankan sesi pembelajaran
- Memulakan kelas
- Pengajaran komponen / subjek
- Program bacaan bahasa (Inggeris, Bahasa)
- Aktiviti seni, kraf, bercerita
- Tugas am dan rutin harian
- Menyambut kehadiran murid
- Perhimpunan pagi
- Menyemak rekod komunikasi
- Menyemak rekod kehadiran murid
- Kebersihan ruang pembelajaran dan ruan umum
- Menyemak hasil kerja dan tugas murid
- Penyediaan dan Kajian
- Menyediakan bahan / alat bantu mengajar
- Menyediakan rancangan pengajaran harian
- Menghadiri kelas latihan guru
- Menyusun aktiviti mingguan
- Aktiviti / Tugas lain
- Menyediakan laporan bulanan / tahunan murid
- Terlibat dalam persediaan acara tahunan tadika (sukan, persembahan, konvokesyen, lawatan)
Perkara yang sudah disebutkan diatas merupakan laras minima yang secara amnya dikehendaki dan diperlukan daripada seorang guru tadika yang bertugas.
Berdasarkan yang diatas, ada beberapa perkara lain yang boleh dilakukan supaya seorang guru berada pada tahap melebihi daripada garis minima.
Apakah yang membolehkan guru tadika berada lebih daripada paras minima dalam menyelesaikan tugas yang disasarkan?
- Pengajaran dan pembelajaran
- Bersedia denga aktiviti sebelum dam selepas pembelajaran
- Menjalankan pemerhatian berterusan
- Mengekalkan rekod pencapaian anak-anak secara objektif
- Menyediakan aktiviti tambahan untuk murid yang memeerlukan bantun dan yang lebih ‘advance’
- Memberikan laporan semasa dan perbincangan tentang perkembangan anak-anak dengan rakan sekerja dan ‘supervisor’
- Tugas am
- Memberikan laporan an maklumbalas tentang perkara yang melibatkan keselamatan dan kepelruan semasa anak-anak
- Menghantar laporan tepat pada msanya
- Berbincang dengan ‘supervisor’ akan rekod komunikasi dan prestasi kedatangan anak-anak
- Penyediaan dan Kajian
- Sentiasa membaca bahan-bahan terkini dalam isu pendidikan dan berkongsi pengetahuan
- Boleh memberikan pandangan dan nasihat apabila diminta
- Menyediakan bahan pembelajaran yang boleh dimanfaatkan bersama
- Gemar menghadiri kelas latihan, jika tiada, hadir ke program luar yang sesuai
- Penyediaan rancangan pengajaran harian dihantar untuk semakan awal
- Menyediakan semua contoh dan panduan aktiviti untuk rujukan
- Menyediakan ruan ‘display’ semua hasil kerja anak-anak dengan susunan dan kemaskini yang menarik di dalam kelas
- Aktiviti / Tugas lain
- Sentiasa memberikan maklumbalas berterusan mengenai pencapaian anak-anak yang dibawah paras minima dan yang melangkaui paras biasa.
- Suka berbincang dan mendapatkan panduan dan cara baru dalam menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran dengan rakan sekerja
- Melakukan dan terlibat dalam aktiviti lain dengan mudah.
- Sentiasa terbuka untuk berbincang dan berunding.
- Boleh mengemukakan cadangan dan idea solusi untuk apa-apa situasi yang berkaitan
- Boleh berkomunikasi dengan baik bersama ibu bapa dalam menyampaikan maklumat.
.
Mampu mencapai lebih daripada laras minima dalam menyempurnakan tugas sebagai guru tadika bermakna kita boleh menguasai kemahiran-kemahiran baru.
Ini merupakan kunci kepada perubahan kerjaya bagi sesiapa yang berada dalam industri pendidikan kanak-kanak.
.