Menerima Keadaan dan Berubah.

Semasa saya berada di sekolah rendah, saya terpilih untuk bermain bola jaring untuk sekolah. Ya, saya hanya cukup bagus dalam permainan dan dipilih menjadi pemain simpanan.

Pada peringkat awal, saya hairan. Mengapakah saya tidak dipilih untuk jadi pemain tetap pada mana-mana posisi?

Pada tempoh latihan bermain, saya banyak diberikan tugas tambahan. Ini termasuklah memastikan bola ada, semua orang berkumpul, sesi memanaskan badan berjalan dan seumpamanya.

Pada kebanyakan masa saya akan diminta bermain dalam semua posisi.

Antara bahagian pertahanan dan bahagian serangan, bahagian pertahanan sering diberikan kepada saya.

Waktu itu, saya tidak banyak bertanya. Namun, saya masih terfikir hingga ke hari ini. Apakah yang membuatkan jurulatih pada masa itu meletakkan saya dalam kedudukan sedemikian?

Semasa latihan, apabila jurulatih tidak berpuas hati dengan mana-mana babak latihan permainan, beliau akan memasukkan saya dalam permainan.

Saya lihat, beliau biasanya akan memasukkan saya pada bahagian yang beliau tidak puas hati akan pencapaiannya. Kemudian, beliau akan minta pemain tetap itu, tiru macam saya.

Saya masih ingat lagi betapa penat dan adakalanya bosan, apabila menjadi pemain simpanan.

Saya tidak dapat melakukan satu-satu perkara yang saya suka, tetapi saya perlu lakukan semuanya.

Saya tidak dapat menunjukkan kebolehan yang membolehkan saya menjadi ‘jaguh’ dalam mana-mana permainan.

Tetapi, saya masih terus bersama kumpulan pemain dan terus bermain meskipun dalam situasi yang sebenarnya saya sendiri tidak faham.

IMG-20120127-00489

Saya ikut sahaja apa yang jurulatih saya arahkan. Meskipun saya tidak menjadi pemain kebangsaan dan terkenal dalam sukan bola jaring, saya belajar banyak perkara:

[1] Apabila asyik memikirkan kenapa sesuatu perkara berlaku, saya lupa meraikan kejayaan dan sumbangan saya.

[2] Saya diajar banyak posisi bermain. Mempercayai apa yang jurulatih arahkan merupakan asas kepada pembelajaran.

Tetapi, apa gunanya seandainya saya masih ragu dan tidak yakin?

[3] Saya lupa untuk berbincang dan bercakap-cakap dengan pemain lain, malah dengan jurulatih saya itu.

Mungkin, saya boleh mencapai sesuatu, sekiranya saya berkongsi tentang apa yang saya fikir dan mahu tahu.

Saya melihat situasi ini agak serupa dengan situasi dalam organisasi bisnes semasa.

Ini adalah atas dasar yang sama, saya juga banyak melakukan pelbagai perkara dan berubah-ubah dalam satu tempoh yang tidak lama dalam bidang yang baru saya mulakan.

Ini berlaku bukan sahaja dalam kumpulan bisnes. Adakalanya dalam pelbagai situasi. Saya pernah cuba melakukan bebeapa perkara secara sendirian. Namun, ianya tidak memberikan jalan seperti yang dimahukan.

Maka saya faham bahawa kita mesti percaya dengan pilihan yang kita buat. Maka, kita juga meneruskan dan menjalankan apa yang kita pilih.

Banyak mempersoalkan, bersikap tidak terbuka serta lokek berkongsi hanya menyempitkan peluang sedia ada.

  1. Jadi, teruskanlah dengan kerjasama dalam kumpulan.
  2. Perbincangan, lontaran idea, pertukaran serta perkongsian tugas dan kerja bakal menjadi sebahagian daripada rutin kita.
  3. Kongsikan apa yang baik dan cara mengubahnya menjadi lebih baik. SOP dan sistem yang ada, kita gunakan. Baiki mana yang perlu. Tambah mana yang belum ada.
  4. Kita jadikan perubahan mengikut keperluan ini, sebagai sesuatu yang menyeronokkan. Ia sentiasa memberikan kita cabaran baru, gaya baru.

Saya yakin, kita semua akan berjaya melepasi banyak lagi fasa bisnes dan juga apa yang kita ceburi secara bersama sehingga mencapai tujuan dan sasaran kita.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.