APA YANG KITA MAHU : Terbaik buat anak kita?

Puan Nurhidayah Jaafar menulis di status FB beliau…

Anak tidak suka belajar di sekolah, bukan satu kesalahan.
Anak tidak minat belajar akademik, dia minat sukan. Bukan satu kesalahan.

Anak tidak mahu buat kerja sekolah. Dia lebih minat memenuhi bakatnya. Bukan satu kesalahan.

Anak tidak lulus peperiksaan. Dia dapat E subjek Pendidikan Islam. Bukan satu kesalahan.

Namun, ramai ibu bapa yang mengadu kepada saya, mereka stress anak tidak memenuhi apa yang ibu bapa mahu. Ibu bapa mahu anaknya menjadi seperti yang mereka mahukan, bukan menjadi seperti apa yang terbaik untuk anaknya.
.
====

Saya teringat bulan lalu apabila anak sulung saya yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun ini menunjukkan emosi yang berbeza. Beliau selalu marah dan tidak mahu memberi kerjasama seperti biasa dalam urusan harian keluarga.

Ya, masakan tidak. Setiap minggu di sekolah akan ada 2 hari kelas tambahan malam. Setiap pagi, 15 minit sebelum kelas bermula, Guru akan memberikan latih tubi untuk beberapa topik kepada murid.

Hujung minggu, Sabtu antara sekali atau dua kali sebulan akan ada kelas atau bengkel untuk peperiksaan.

Pada setiap bulan pula, akan diadakan ‘mock exam’ yang berupa macam UPSR sebenar dengan menggunakan kertas-kertas latihan tahun-tahun lalu.

Apabila berada di rumah, beliau akan sibuk menyiapkan tugasan. Adakalanya, hingga menangis berpanjangan. Saya pernah berkata kepada anak saya. Malah, kepada SEMUA anak-anak saya.

“Tidak masuk neraka jika tidak dapat A.”

Anak-anak saya senyum.

Pernah juga satu ketika, anak saya berbangga kerana mendapat nombor 1 untuk pelajaran di sekolah agama (KAFA). Lalu, saya pun berkata.

“Alhamdulillah. Jadi, apakah ilmu yang dipelajari itu sudah diamalkan agar kita boleh sama-sama masuk syurga?”

Anak-anak saya senyum juga.

Amnya, saya tidak mahu anak-anak hanya sedih dan bangga dengan pencapaian yang tertulis atas kertas, tetapi tidak memahami hakikat sebenar akan kegunaan ilmu itu sendiri.

Meskipun begitu, saya memahami akan perlunya ada keseimbangan dalam 2 perkara.

1) Realiti dalam sistem pendidikan.
2) Keperluan perkembangan dan pencapaian diri.

Realiti sistem pendidikan melibatkan beberapa perkara:

• Memenuhi keperluan minima sistem pendidikan untuk penerimaan standard dalam bidang / industri

Sememangnya UPSR dan peperiksaan serta kemahiran yang diajarkan di peringkat rendah tidak banyak memberikan kesan kepada perkembangan apabila kita meningkat dewasa.

Namun, dari segi perkembangan intelektualnya, anak-anak sedikit sebanyak terkesan dengan keperluan adanya pencapaian minima apabila melalui sistem pendidikan negara.

Sebagai contoh, kebolehan menulis surat dengan ayat penuh dan boleh diterima menjadi salah satu kemahiran asas yang dipelajari bermula dari fasa sekolah rendah.

• Mencapai prestasi minima agar seimbang dengan keperluan diri, penerimaan rakan

Dalam konteks percaya diri (self-esteem) juga, anak-anak yang terlalu rendah pencapaian terdorong untuk menghadapi tekanan emosi. Ini berikutan daripada penerimaan rakan sekelas dan budaya persekitaran di sekolah yang berbeza antara satu dengan yang lain.

• Memenuhi keperluan pencapaian untuk KPI sekolah / institusi

Dalam situasi ini, guru-guru juga merupakan antara mereka yang terkesan. Sebagai seorang guru, mereka diberikan tanggungjawab dan KPI yang saya kira, sesekali (atau seringkali) menjadi sebahagian daripada kebimbangan mereka.

Kakak saya seorang guru, Abang dan Kakak ipar saya merupakan Guru Besar yang sudah pencen. Adik ipar saya seorang guru.

Saya? Pernah menjadi seorang guru tadika.

Suasana dan situasi semasa guru juga menjadi penyumbang kepada perkembangan anak-anak dan keperluan mereka mencapai satu tahap tertentu dalam bidang akademik dan perkembangan lain.

Lalu, apakah yang boleh kita lakukan sebagai seorang ibu (bapa) kepada anak-anak yang termasuk dalam situasi ini?

Inilah perkara yang kedua:

Keperluan perkembangan dan pencapaian diri.

Setiap kita mempunyai idea dan cara tersendiri. Saya juga.

• Fahami perkembangan, kekuatan dan kelemahan anak kita.

Dalam situasi saya, anak saya ini ada menunjukkan ciri-ciri keperluan pembelajaran yang khusus. Contoh, apabila mahu memahami konsep baru, beliau perlu nampak apa kaitannya dengan kehidupan seharian.
Apabila belajar tentang pecahan, saya perlu memberikan contoh seperti berkongsi barang (makanan seperti kek) dengan adik.

Apabila belajar tentang konsep pengembangan bahan apabila panas, perlu berikan aplikasi seperti keadaan kasut yang agak sempit pada waktu pagi dan agak longgar apabila sudah sedikit siang.

Apabila beliau perlu menghafal sifir, beliau perlukan pergerakan tangan, dan juga input audio. Bermakna, beliau perlu tulis dan baca dengan kuat. Barulah beliau dapat menghafalnya.

Orang seperti anak saya, mempunyai pemikiran seni yang lebih aktif berbanding nombor. Pencapaian dalam bidang bahasa dan seni lebih baik berbanding dengan bahagian Sains dan Matematik.

Dalam situasi saya, ini contohnya.

• Berikan sokongan moral.

Maka, sokongan moral berterusan diperlukan. Luangkan masa untuk bercerita dan kaitkan dengan keperluan hidup.

Apabila anak tidak suka belajar nombor, kongsikan kepentingannya terutama apabila melibatkan penggunaan wang.

Saya mengingatkana anak saya akan beberapa perkara:

o Usah jadikan satu perkara ringan menjadi berat.
• Bilik bersepah kemas. Jika penat, biarkan dulu.
• Apabila adik bising, usah marah. Pindah sahaja ke tempat yang senyap.
• Mak atau Ayah marah, perkara biasa. Usah kecil hati.

o Sentiasa tenangkan diri dengan doa, solat dan bacaan al Quran.
• Apabila runsing, rehat. Tidur. Waktu solat, solat dengan tenang.
• Baca Quran, yang termampu. Satu muka atau satu ayat, juga boleh.
• Apabila marah, baca istighfar.

• Nyatakan harapan kita sebagai ibu bapa secara jujur.

Secara jujur, nyatakan apa harapan kita kepada anak-anak dari segi pencapaian hidup dan akademik.

Falsafah dan pegangan hidup kita mungkin berbeza. Apa yang saya harapkan daripada anak-anak, tiadk akan sama dengan apa yang ibu bapa lain harapkan daripada anak-anak.

Yang utama, nyatakan secara jujurnya akan hakikat harapan kita kepada anak-anak.

Kemudian, dengan jujur juga, nyatakan keikhlasan kita agar mereka bebas menyelaraskan cita-cita mereka dengan harapan kita.

 

“Kebimbangan menjadikan kita bersedia. Ketakutan menghalang kita menemui jalan penyelesaian.”

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.