Masuk bisnes seperti masuk ke pusat membeli belah.
1. Pilih pasaraya yang kita mahu masuk.
Pilih pasangan atau dengan siapa mahu masuk.
Mahu masuk sendirian juga tidak ada masalah.
2. Pastikan kita tahu bagaimana mahu ke sana dan pintu masuknya.
Ada banyak pintu masuk yang disediakan. Kita mesti memilih mana yang sesuai.
Ada yang meletakkan mudah dan cepat sebagai kriteria.
3. Pastikan kita tahu jalan keluar.
Sama ada keluar dari pintu masuk, atau ada pintu lain.
4. Jika masuk ‘Pavillion’ dengan hanya RM50, tentukan objektif masuk pasaraya dengan jelas.
Apakaha hanya untuk ‘window shopping’?
Bersedia untuk ‘menangguhkan’ kepuasan dan emosi.
Maklumlah, sekiranya ditangan cuma ada RM70, tidak sama cara kita berbelanja jika kita ada RM700.
5. Tentukan berapa lama mahu berada dalam pasaraya itu.
Sama ada ia mengikut masa atau jumlah belian.
Adakalanya, memang sudah siap ada senarai apa yang kita perlukan dalam pasaraya itu.
6. Buat keputusan.
Tentukan sama ada masih mahu membeli belah di pasaraya itu. Apakah kita mahu ke pasaraya lain?
ATAU, kita masih mahu ‘barang’ dari pasaraya itu, tetapi buatkan sahaja senarai agar orang lain boleh membelikannya untuk kita.
7. Ulang langkah 1-6 untuk masuk pasaraya baru yang lain.
Bagaimana? Boleh?