Pokok Kelapa dan Kehidupan.

Pokok kelapa merupakan salah satu jenis tumbuhan yang menjadi topik pembelajaran semasa saya di sekolah rendah. Bahagian pokok kelapa, semuanya dipelajari. Perkara tentang setiap bahagian dan kegunaan pokok kelapa, hampir semuanya berguna.

Kampung saya, Bagan Datoh, merupakan sebuah daerah yang terkenal dengan tanaman pokok kelapa dan koko. (Masih ingatkah kisah , “ Me, My Mother and the Cocoa Bean.” yang pernah saya kongsikan?)

.

Kali ini, mari kita teliti pokok kelapa pula.

Kelapa ini pokoknya tinggi. Pokok kelapa yang ditanam, biasanya melibatkan kawasan tanah yang luas. Rumput dan lalang yang tumbuh, menjadi bahan makanan kambing dan lembu yang dibela.

SUMBER : galahsambung.blogp[ot.com
SUMBER : galahsambung.blogspot.com
Mengait buahnya perlukan kepakaran. Galah yang panjang, sabit yang tajam. Kemahiran menaikkan galah, mengait dan bergerak dari satu pokok ke pokok yang lain memerlukan seseorang yang fizikalnya kuat. Mendongak ke langit, tidak semudah yang kita sangkakan.

Apabila buah kepala jatuh ke tanah, tugasan mengutipnya pula menjadi bahagian kedua. Mengumpulkannya di satu kawasan mengikut kelompok. Kemudian, sabutnya pula perlu dibuang satu persatu. Alatan yang tajam, membolehkan proses membuag sabut ini menjadi lebih cepat. Masih memerlukan tenaga fizikal yang hebat.

SUMBER : beritadaerah.co.id
SUMBER : beritadaerah.co.id

Selepas itulah baru ia dikumpulkan untuk dibersihkan tempurungnya.

Antara kerja sambilan yang dilakukan oleh ibu-ibu pada waktu itu ialah membersihkan tempurung kelapa dengan menggunakan kapak kecil. Ini membuatkan kepala dalam bentuk bulat-bulat diperolehi bersih tanpa perlu memecahkannya kepada 2.

SUMBER: lily-santandankerisik-lily.blogspot.com
SUMBER: lily-santandankerisik-lily.blogspot.com

Ibu, nenek (embah ), pakcik (paman), makcik (bibik ) dan ahli keluarga saya terdekat pernah melakukan aktiviti ini. Saya? Seperti biasanya menyibukkan diri. Waktu itu umur saya sekitar 5 tahun. Masih berlari ke sana-sini dan mahu tahu tentang semua perkara.

Pernah satu ketika, saya terkena ketulan tempurung di dahi dan luka (masih ada kesannya). Lalu, saya di’kurung’ di dalam rumah dan hanya melihat melalui jendela di beranda rumah sahaja.

Seperti kelapa ini.

  • Apakah kita mengusahakan sesuatu yang memberi manfaat pada setiap bahagian?
  • Apakah kita sanggup melalui kesukaran mendapatkan hasil daripada apa yang kita usahakan seperti kelapa?
  • Apakah kita sanggup menunggu untuk pokok kelapa berbuah?
  • Apakah kita sanggup mengusahakan mengambil buahnya dengan begitu sukar?

 

Hidup ini indah. Hidup ini penuh cabaran. Hidup ini bahaya.

Namun, ia memberi manfaat kepada semua orang daripada setiap bahagian. Umpama pokok kelapa. Ditiup angin, indah kelihatan.

“Bertahanlah. Tamatkan apa yang dimulakan. Jalan terus!”

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.