Tuan CEO, Tuan Pengurus, Tuan Sokongan

CERITA ORANG BISNES
.
CEO sebuah syarikat termenung panjang pagi itu. Fikirannya terganggu. Perbalahan dan tidak puas hati antara staf sokongan terhadap bahagian pengurusan membuatkan lembakan fail di atas meja tidak mampu disentuh.

Tuan dibahagian tim sokongan membuat aduan :

“Tuan, kami sahaja yang bekerja bertungkus lumus. Keluar sana sini, jumpa pelanggan. Hantar barang, ambil barang. Tapi Pengurus itu, duduk-duduk saja depan komputer. Sekejap-sekejap telefon. Sekejap-sekejap SMSlah…whatsapp lah. Kami tak puas hati!”

Dalam syarikat memang sudah ada pembahagian tugas. Malah, lantikan dan urusan sumber manusia semanya sudah disusun. Namun, kali ini berbeza sedikit. Tuan Pengurus tidak mahu situasi ini berulang.

Maka, keesokan harinya, Tuan CEO memanggil Tuan Pengurus dan Tuan Sokongan dipanggil masuk ke pejabat dengan kehadiran pegawai sumber manusia, Tuan HR.

Tuan CEO memulakan kata:

“Beginilah. Hari ini, saya ada satu tugasan penting. Ada seorang Pelanggan di Danau Kota yang menyatakan minat mahu membuat urusan jual beli dengan syarikat kita. Jadi, saya minta Tuan Pengurus dan Tuan Sokongan kumpulkan semua maklumat yang berkenaan jual beli yang boleh dilakukan.

Kita bertemu semula jam 3.30 petang ini.”

Tuan Pengurus dan Tuan Sokongan mengangguk faham dan masing-masing keluar dari pejabat CEO.

Tuan HR bertanya, “Mengapa Tuan beri satu tugasan yang sama kepada dua orang yang berbeza?”

Tuan CEO senyum.

Tepat jam 3.30 petang, Tuan Pengurus sudah masuk ke pejabat Tuan CEO. 10 minit selepas itu, Tuan Sokongan masuk terkocoh-kocoh ke pejabat.

“Maaf, Tuan CEO. Jalan jam. Lambat saya sampai.” Tuan CEO senyum saja.

“Baik. Tuan Sokongan, bagaimana dengan tugasan tadi? Apa maklumat yang diperolehi?”

“Oh…Tuan CEO. Lokasi pejabat itu jauh. Saya terpaksa bekejar ke sana. Sampai di sana, pegawai yang berkenaan sudah keluar. Jadi, saya terpaksa menunggu beliau masuk.

Apabila beliau sampai, beliau cuma maklumkan kepada saya beliau hanya akan dapat mengesahkan transaksi itu minggu hadapan. Itu saja Tuan.”

“Baik. Tuan Pengurus, bagaimana?”

“Oh, saya menelefon ke pejabat mereka. Setiausaha beliau memaklumkan bahawa beliau memang keluar dari pejabat. Tetapi, setiausaha beliau memberitahu bahawa memang semua dokumen transaksi sedang disiapkan.

Jadi saya minta sedikit maklumat berbentuk ‘summary’. Setiausaha beliau ada hantarkan sedikit maklumat ringkas melalui emel. Saya sudah ‘forward’ kepada Tuan.

Saya tidak cetak, tetapi Tuan boleh baca juga melalui Whatsapp yang saya hantar. Memang pengesahannya hanya akan dibuat minggu hadapan.”

“Baiklah. Nampaknya hasil daripda kedua-dua wakil yang saya hantar membawa keputusan yang sama. Transaksinya, hanya sah minggu hadapan.” Tuan CEO berkata dengan tenang.

“Terima kasih Tuan Pengurus dan Tuan Sokongan. Itu sahaja yang saya perlukan.”

Tuan Pengurus mengangguk tanda hormat dan bangun meninggalkan pejabat Tuan CEO.

Tuan Sokongan diam sahaja. Perlahan-lahan beliau berdiri.

“Mahukah Tuan saya kongsikan satu perkara?,” tiba-tiba Tuan CEO bersuara.

Tuan Sokongan mengangkat muka.

“Tuan, apa yang Tuan lakukan adalah tidak sama dengan apa yang mungkin orang lain lakukan, meskipun hasilnya sama.

Saya yakin dengan kebolehan Tuan melaksanakan kerja-kerja luar. Tuan adalah orang yang bagus bertemu pelanggan dan memastikan servis sampai kepada pelanggan. Orang lain, mungkin tidak dapat melakukan tugas itu sebaik Tuan.”

Tuan Sokongan mula tersenyum.

“Ya, Tuan. Saya faham.” dengan menarik nafas panjang, Tuan Sokongan berdiri dan mengucapkan terima kasih kepada Tuan CEO.

Meninggalkan pejabat itu, masih terlekat sebuah senyuman penuh kepuasan pada bibir Tuan Sokongan. Kepuasan dengan sebuah kefahaman.
.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.