Hidup ini menjadi satu cerita. Maka, banyaklah cerita yang tercipta, dicipta dan diperdengarkan.
Apabila hidup ini mempunyai perjuangan, perjalanannya akan teguh dengan fokus yang memenuhi keperluan. Tiada siapa yang melaluinya dengan mudah.
Malah, mereka yang senang dengan wang, ada kesukarannya sendiri.
Mereka yang kaya dengan harta, ada cabarannya juga.
Mereka yang gembira dengan keluarga, ada dugaannya tersendiri.
Dengan erti kata lain, semua yang mempunyai kehidupan melalui satu isu kesukaran. Besar atau kecil, berbeza mengikut keadaan.
Graduan.
Bakal graduan.
Pekerja.
Majikan.
Orang bisnes. Bekerja sendiri.
Namakan apa saja yang kita lakukan, ia memberi satu perkara yang pasti, ‘kesukaran’.
Susah, sukar, cabaran, halangan atau apa sahaja terma yang digunakan bukanlah perkara baru.
Ia perlu dilalui oleh semua orang, pada semua fasa perjalanan kehidupan.
Maka, bertahanlah.
Usaha dengan teknik dan cara yang betul mampu membuka jalan dan peluang baru.
Terimalah hakikat kehidupan sekarang.
“Accept the fact of current life situation.”
1. Bina matlamat hidup. Jangka masa panjang dan boleh capai.
2. Tambahkan kepakaran dan kemahiran.
3. Terus belajar.
4. Ambil tindakan.
5. Tawakkal.
“Mengubah apa yang ada dalam kawalan sendiri lebih mudah daripada meminta orang lain mengubah apa yang ada dalam kawalan mereka.”