MENYUSUN BARISAN PELAPIS

Ramai rakan bisnes berkongsi tentang pengalaman masing-masing. Ada yang manis, pahit dan juga masam kelat.

Apa juga situasinya, masing-masing bercerita berdasarkan fasa yang sedang dan telah mereka alami.

Apabila mula memasuki tempoh 3 tahun berbisnes, ramai yang sudah bertukar nada cerita.

Ada yang resah dan gusar mencari hala tuju bisnes sebenar.

Ada yang merancang untuk mengembangkan bisnes.

Ada yang merancang menambah ‘revenue’.

Ada yang merancang menambah cawangan.

Ada yang merancang membuka bisnes baru.

Tidak ketinggalan, ada yang merancang untuk menutup bisnes sedia ada.

 

*****

“TUTUP bisnes?”

Ia umpama satu bom yang meletup. Bagi sesetangan orang bisnes, “buka dan tutup bisnes” merupakan satu bisnes.

Namun, dikalangan rakan bisnes yang saya kenali, ramai yang berkongsi satu perkara.

“SUKAR untuk membentuk pelapis bagi bisnes sedia ada.

Anak sendiri, punya banyak cita-cita. Tidak pasti mahu berbisnes atau tidak. Rakan kongsi pula, masing-masing mahukan bisnes dengan hala tuju sendiri.

Staf pula? Susah mahu dipercaya.”

 

Benarkah mencari pelapis itu susah? Dengan kata lain, apakah merancang ‘succession’ itu sangat berat?

Apakah yang boleh dilakukan?
.
1. Bina sistem dan SOP yang baik untuk bisnes.

SOP membolehkah operasi bisnes dijalankan dalam tempoh yang dimahukan dengan hasil yang sama.

Sistem pula membolehkan tugasan berulang diautomasikan dan laporan serta data dapat di analisa dengan baik.

Maka, penambahbaikan bisnes dapat dilakukan secara berkala.

.

2. Rancangkan program pembangunan staf yang berterusan.

Program latihan yang sedia ada, banyak yang menjurus kepada program yang berbentuk teknikal. Latihan menjalankan sesuatu kerja untuk sesuatu hasil.

Program latihan untuk menilai dan memilih ‘successor’ ini mencapah lebih daripada itu. Program lanjutan yang berbentuk pendedahan, pengalaman dan peluang aplikasi dalam kerangka yang betul dapat memberikan banyak ruang untuk memngenalpasti individu berkenaan.

.

3. Tetapkan hala tuju bisnes dan komunikasikan kepada semua peringkat.

Ramai pengurus bisnes dan pengurus kanan syarikat membuat keputusan dengan idea dan pelaksanaan yang terancang.

Semua ini perlu dikomunikasikan dengan baik kepada SEMUA lapisan ahli yang terlibat dalam syarikat supaya ia dapat mengekalkan momentum budaya kerja yang betul.

Pada masa yang sama, idea dan perancangan tidaklah hanya bersifat berat sebelah atau ‘syok sendiri’ yang boleh mengakibatkan kegagalan objektif bisnes untuk dicapai.

*****

Sama ada model bisnes sedia ada perlu ditukar atau tidak, untung atau rugi, kuncinya ialah usaha yang terancang.

Pendiri bisnes mesti meluangkan masa yang cukup untuk merancang membina barisan pelapis untuk bisnesnya.

Menambahkan bisnes, membina jaringan  dan semua kerja orang bisnes yang penting itu, MESTI ada penerusnya.
.

NOTA:

Kelas-kelas berkaitan SOP Ogos dan September.
.
POSTER SOP

 

POSTER KELAS SOP

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.