SOP & Pengurusan Sumber Manusia

SOP yang baik akan dapat membangunkan satu sistem yang baik hati.
Sistem yang baik hati dapat membantu kita menguruskan sumber manusia dengan optimum.

Pernah dikongsikan tentang apa yang disebutkan sebagai memaksimakan sumber sedia ada tanpa sebarang penambahan modal.
.
Contoh:
+ jika ada premis bisnes, apakah aktiviti lain yang boleh dilakukan?
.
+ jika ada staf, apakah program yang membolehkan masa staf bekerja terisi sepenuhnya?
.
+ jika ada program/ modul, bagaimanakah ia boleh dijalankan/dikendalikan oleh ramai pengguna pada masa yang sama?
.
Mengembangkan bisnes bermula dengan menambahkan pendapatan (revenue) bisnes.
Tidak semestinya memerlukan pembukaan cawangan baru.

 

 

Antara yang boleh dilakukan ialah:
1. Bina sistem dan SOP yang baik untuk bisnes.

SOP membolehkah operasi bisnes dijalankan dalam tempoh yang dimahukan dengan hasil yang sama.

Sistem pula membolehkan tugasan berulang diautomasikan dan laporan serta data dapat di analisa dengan baik.

Maka, penambahbaikan bisnes dapat dilakukan secara berkala.
Ia boleh bermula dengan menyediakan senarai semak.

.

2. Rancangkan program pembangunan staf yang berterusan.

Program latihan yang sedia ada, banyak yang menjurus kepada program yang berbentuk teknikal. Latihan menjalankan sesuatu kerja untuk sesuatu hasil.

Program lanjutan yang berbentuk pendedahan, pengalaman dan peluang aplikasi dalam kerangka yang betul dapat memberikan banyak ruang untuk memngenalpasti individu berkenaan.

Bajet yang sesuai mesti diperuntukkan.

.

3. Tetapkan hala tuju bisnes dan komunikasikan kepada semua peringkat.

Ramai pengurus bisnes dan pengurus kanan syarikat membuat keputusan dengan idea dan pelaksanaan yang terancang.

Semua ini perlu dikomunikasikan dengan baik kepada SEMUA lapisan ahli yang terlibat dalam syarikat supaya ia dapat mengekalkan momentum budaya kerja yang betul.

Pada masa yang sama, idea dan perancangan tidaklah hanya bersifat berat sebelah atau ‘syok sendiri’ yang boleh mengakibatkan kegagalan objektif bisnes untuk dicapai.

*****

Sama ada model bisnes sedia ada perlu ditukar atau tidak, untung atau rugi, kuncinya ialah usaha yang terancang.

Pendiri bisnes mesti meluangkan masa yang cukup untuk merancang membina barisan pelapis untuk bisnesnya.

Menambahkan bisnes, membina jaringan dan semua kerja orang bisnes yang penting itu, MESTI ada penerusnya.
.

 

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.