KISAH MANUSIA DALAM BISNES : Sepi dan kehilangan.

Sepi itu, bukan hanya tidak berteman. Sepi juga hadir, apabila tidak tercapainya satu keinginan.

 

Ya. Antara ingin dan perlu, biasanya tidak mendapat apa yang diperlukan dan, menjadi lebih sepi daripada tidak mendapat apa yang dimahukan.

 

Pada masa tertentu, individu yang tidak menghabiskan masa yang cukup dalam kumpulan manusia lain, mudah rasa kehilangan. Menghabiskan masa yang cukup dengan kumpulan manusia tertentu membolehkan mereka menerima maklumat yang betul daripada sumber yang tepat.

 

Kumpulan manusia yang dimaksudkan ialah hubungan dengan manusia dan individu dalam kumpulan kerja, minat atau seumpamanya.

 

Seandainya seseorang bekerja, sudah tentulah kumpulan kerjanya.

Seandainya penulis, maka kumpulan penulislah yang dimaksudkan.

Sekiranya seorang pelukis, maka kumpulan pelukislah yang dimaksudkan. Sekiranya seorang bisnes, maka kumpulan bisneslah yang dimaksudkan.

 

Situasi masa kini banyak mendorong manusia berfikir. Berfikir dengan cara yang berbeza. Apabila membaca tulisan di laman web, ramai yang seolah-olah meletakkan semua perkara dan keputusan bersandarkan dengan satu catatan yang dibaca itu.

 

Walhal, kejadian sebenar melibatkan sekumpulan manusia dan banyak situasi. Bukan sekadar satu situasi. Rentetan situasi sebenarnya.

 

Dalama pengurusan bisnes dan organisasi, ia merupakan rentetan perbincangan, mesyuarat, situasi semasa yang melibatkan operasi, konflik dan penyelesaian yang perlu dilakukan dalam bentuk segera.

 

Hari ini, kita dapat menyaksikan bagaimana catatan dan tulisan melalui laman sosial aktif seperti Facebook, menjadi rujukan mutakhir bagi ramai orang. Malah, mereka yang berkata mereka dalam kumpulan sekalipun, masih terus percaya pada apa yang ditulis dan dicatat pada dada media sosial, berbanding dengan apa yang berlaku dalam kumpulan.

 

Malahan, dokumen dan medium komunikasi rasmi dalam urusan tertentu menjadi diketepikan dalam proses menyampaikan maklumat yang betul.

 

Dengan ertikata lain, catatan di dada-dada media sosial menjadi satu pecetus cubaan memikir dan menganalisa apa yang orang lain fikirkan dan apa yang orang fikirkan tentang diri kita. Walhal, adakalanya ia langsung tidak ada kena-mengena pun!

 

Selepas ‘sepi’, rasa kehilangan akan mula datang menuruti. Ia bisa berlaku seolah-olah sepi dan kehilangan itu merupakan kembar yang tidak dapat dipisahkan. Dimana ada sepi, adalah kehilangan.

 

Rasa kehilangan ini sering menjadi satu persepsi baru. Ia dikenali sebagai ‘rasa diketepikan’ atau outcast.

 

Situasi sepi dan kehilangan ini mempunyai musuh utama. Iaitu ‘mendengar bicara daripada orang yang salah’. Musuh ini hadir dengan cepat dan menjadi satu kumpulan musuh dalam selimut, apabila kita sendiri mempunyai isu percaya diri atau self-esteem.

 

Musuh ini merupakan musuh yang sentiasa ada, dan hanya mencari masa, tempat dan sebab untuk muncul. Apabila kita mempunyai daya percaya diri yang kuat, kita hanya akan mendengar dari sumber yang betul dan mempunyai kekuatan untuk berani menerima kenyataan hidup.

 

Kenyataan yang adakalanya pahit, tetapi kita yakin dan percaya bahawa diri kita mampu menelannya. Kemudian, kita juga percaya bahawa kita akan sembuh dan menjadi lebih baik selepas menelannya.

 

Menjadi seorang pendiri bisnes memerlukan daya percaya diri yang tinggi dalam dirinya. Ia umpama sebuah benteng kepada musuh yang bernama ‘bicara daripada orang yang salah’.

 

Sepi itu indah.

Hanya apabila ia berlaku dengan keadaan kita mempunyai daya percaya diri. Hanya apabila bicara dari sumber yang betulg didengar.

Hanya dengan menyertai kumpulan manusia yang betul.

Ya, sepi itu memang indah.

Seindah hari, semasa tulisan ini saya karang.

 

Noraminah Omar

12.35 , 4 Oktober 2015

Kajang.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.