Asyiknya mencari sebab…

KISAH MANUSIA DALAM BISNES (2)

Banyak situasi yang berlaku disekeliling kita, berlaku dengan sebab. Banyak juga perkara yang berlaku, kita tidak tahu apa sebabnya. Malah, kita tidak mahu memeningkan kepala memikirkan apa sebab untuk banyak perkara.

Apabila perkara yang berlaku diluar kawalan manusia seperti hujan, banjir dan bencana alam, masih ada ruang untuk menganalisan dan melihat semula dengan sisi pandang yang baru.

Nah, maka keluarlah para bijak pandai and bicara!

 

Inilah balasan Tuhan kepada manusia yang inkar.

Maka, dosa-dosa kita yang mahu dihapuskanlah maka berlakunya semua ini.

Lihat, ini petanda Tuhan sudah beri. Akan ada kehilangan insan suci di tanah ini!

 

Lalu, manusia pun mula berhujah dan saling membenar dan meyalahkan sesama mereka. Sekali lagi, semuanya diajukan pada platform paling popular, Facebook. Maka, perbincangan menjadi semakin sengit. Hinggakan yang biasanya membaca sahaja mula bersuara.

 

Mereka bilang, “Selama ini Aku ‘silent reader’ saja. Sekarang sudah tiba masanya bersuara.”

Sekumpulan manusia lain pula, sibuk dengan meng’hashtag’ sesame sendiri, #akupunnakkomenjuga.

 

Begitulah kehidupan hari ini. Sedangkan banyak perkara itu berlaku, dilangkau fikiran manusia biasa. Sedangkan yang terjadi, adalah tanda kekuasaan Allah semata-mata. Bahkan banyak yang terjadi, sengaja kita jadikannya sebagai satu bencana meskipun ianya merupakan satu rahmat sebenarnya.

 

Begitu juga lumrahnya dalam dunia pengurusan. Syarikat, bisnes, perniagaan dan apa juga yang kita lalui dalam usaha menjana ekonomi, kecil atau besar, kita akan berjumpa dengan situasi di mana semua perkara mesti ada sebabnya.

 

Lalu, ramailah dikalangan orang bisnes, sibuk bertelingkah mencari sebab. Daripada tujuan mengeluarkan produk dan servis yang ‘remarkable’, ia menjadi satu platform siapa yang betul dan siapa yang salah.

 

Dan sekali lagi, apabila ekonomi tidak bagus, jualan merudum, pelanggan lari kepada jenama lain, masing-masing memandang kelangit lalu berkata, “Apakah dosaku hingga aku diuji sebegini?”

 

Ya, tragis sekali. Lalu, manusia mula menilai lagi. “Inilah sebabnya Aku tidak masuk dunia bisnes. Bisnes ini membuatkan manusia jadi tamak haloba.”

 

Ya, sekali lagi. Tamak dan haloba menjadi ‘kambing hitam’ bagi manusia meletakkan kesalahan atas sebab. Walhal, yang tidak berbisnes juga tamak haloba. Dalam hutan, sekumpulan 5 ekor monyet berebutkan setandang pisang. Masing-masing tamak dan haloba.

 

Kemudian, berbondong-bondonglah manusia yang menggelarkan dirinya orang bijak pandai berkata, “Inilah sebabnya mengapa orang bisnes perlu balajar daripada ilmu bisnes terkini. Sebab tidak hadir seminar bisneslah kita jadi begini.”

 

Maka, program, seminar, kelas dan apa juga yang berkaitan bisnes kurus bisnes tumbuh bak cendawan atas ‘sebab’ itu.

 

Lalu, sekalian manusia pun bersetujulah. Ya, untuk berbisnes mesti hadir seminar bisnes. Tanpa mereka sedar, mereka hadir, datang dan masuk program yang mereka sendiri tidak perlu. Atas ‘sebab’ yang menjadi ‘sebab’, perkara yang bersifat pilihan sangat mudah menjadi satu keperluan.

 

Lantaran, sebab itulah yang membolehkan kita memilih, kita lupa untuk memilih. Kita memilih untuk percaya, ‘mahal itu kualiti’. Sebab, untuk menghasilkan yang berkualiti itu memerlukan kos yang besar.

 

Wah, satu sebab baru sudah muncul. Dengan hanya menjadikan satu perkara yang tidak ada, diadakan sebagai ‘sebab’ semua perkara seolah selesai.

 

Sebab saya tidak terima resitlah saya tidak bayar.”

Sebab saya tidak tahulah saya tidak buat.”

Sebab saya tidak tahulah saya tidak akan bayar.”

 

Dalam pengurusan bisnes, situasi ini adakalanya menjerut tengkuk yang memang sudah tercekik. Lalu timbul persoalan baru:

 

“Apakah gelombang pemikiran baru sudah muncul?

Apa yang sudah berlaku kini?

Mana hilangnya integriti?

Apakah ‘homework’ sebelum memberikan komitmen dan janji tidak diteladani?

Persetujuan yang ditandatangani itu apa fungsinya?”

 

Maka, manusia yang berkampung atas nama kerjasama, mula melihat sesama sendiri. Masih sibuk memikirkan ‘sebab’ apa semua ini berlaku.

 

Dan, mereka lupa. Di luar sana, kek pasaran yang kecil semakin menipis. Segmen pelanggan yang bertambah, semakin membuatkan kotak kek membesar.

 

Mereka masih terikat dalam pemikiran ‘sebab’. Masih sibuk mencari ‘sebab’.

 

Aku, kamu dan dia.

Kita semua manusia.

Ironinya, kitalah manusia itu.

 

Noraminah Omar

5.10.2015

1.35 petang

Gombak.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.