Ragu dan was-was.

Ragu dan was-was.

Noraminah Omar

Dunia ini penuh dengan cerita. Dunia ini banyak cabarannya. Dunia inilah, kehidupan kita. Ada suka ada duka. Tidak kiralah sama ada kita bekerjaya secara professional atau amatur sahaja.

 

Pokoknya, manusia itu sebahagian daripada kehidupan yang diciptakan. Barangkali saya menyangka pembaca tidak mengetahui semua ini. Bukan. Bukan begitu. Sudah tentu saya jelas, bahawa mereka yang membaca setiap tulisan saya, merupakan orang-orang yang jelas dengan kehidupannya.

 

Selain daripada emosi yang biasa kedengaran dijeritkan di status-status media sosial termasuk facebook, ada 3 perkara yang menganyam rapi gaya dan cara kita meneruskan kehidupan.

 

Nilai, percaya, dan hormat.

 

Setiap manusia mempunyai nilai hidup masing-masing. Nilai mereka banyak bergantung kepada apa yang mereka percaya. Dengan adanya nilai yang sama, manusia mula saling mempercayai antara satu dengan yang lain.

 

Maka, percaya menjadi anyaman seterusnya yang mengikat ampun helaian-helaian mengkuang sesama sendiri. Mereka percaya bahawa dengan nilai yang ada persamaannya itu, mereka dapat saling bantu-membantu. Mereka boleh menyokong antara satu dengan yang lain.

 

Lantas, mereka mula menghormati dengan rasa percaya bersama nilai yang diperjuangkan bersama-sama. Hormat ini datang dengan banyak suasana. Hormat apabila mereka lebih berilmu. Hormat apabila mereka lebih tinggi pangkatnya. Hormat apabila mereka lebih berumur.

 

Ilmu itu subjektif. Ada anak muda yang tinggi ilmunya dalam bidang teknologi terkini, dihormati oleh orang lain yang lebih berumur dan berpangkat. Lantaran kerana ilmunya dalam bidang itu. Walhal, mereka sendiri juga berilmu lebih daripada anak muda itu, tetapi dalam bidang yang berbeza.

 

Orang tua terdahulu daripada kita, meletakkan mereka yang menjadi pemimpin atau ketua sebagai orang yang terhormat dan dihormati. Penghulu, Ketua kampung, siak dan iman masjid juga merupakan pemimpin yang didiberikan penghormatan sebagai ketua. Malah, dalam sebuah keluarga, ketua keluarga diberikan penghormatan yang sama.

 

Hingga kini, mereka yang jauh lebih berumur dihormati atas kapasiti mereka sebagai orang yang lebih tua. Ya, itulah budaya kita. Budaya orang Asia. Budaya orang Malaysia khususnya.

 

Sehubungan dengan itu, nilai, percaya dan hormat menjadi sebuah tikar kehidupan sejagat, meskipun ianya hanya dianyam di sebuah kampung pedalaman. Ia menjadi hamparan hampir kepada semua kumpulan manusia yang menjalani kehidupan.

 

Ia melangkaui batas geografi atau lokasi, bahasa dan budaya malah nilai yang tidak diterima oleh sebahagian yang lain juga menjadi satu nilai yang mengikat sekumpulan manusia yang lain.

 

Nilai, percaya dan hormat, tidak harus diberikan laluan begitu saja. Masuk ke mana-mana tanpa perlu melalui pintu kawalan keselamatan. Tikat yang hanya dianyam dengan satu warna tanpa motif atau campuran 7 warna lain yang menarik.

 

Ragu dan was-was.

 

Ragu dan was-was merupakan antara hiasan dan kawalan keselamatan bagi nilai, percaya dan hormat untuk kekal dan menjadi sebahagian daripada kelangsungan hidup dan survival mana-mana orang bisnes.

 

Mengapa harus begitu? Bukankah nilai yang sama-sama kita bawa, membolehkan kisa laing mempercaya dan wujud hormat antara sesama kita? Tidak cukupkah itu sebagai bahan cagaran bersama?

 

Ia tiada kaitan dengan suasana bisnes semata-mata. Ia berkait langsung dengan kehidupan. Apabila kita mahu bermula, kita cuba membina keyakinan. Kita mencari sebab dan cara, agar nilai dapat kita samakan dan seimbangkan. Kita mencari banyak titik persamaan.

 

Apabila titik persamaan ditemui, kita berusaha sedayanya untuk percaya dan saling menghormati, atas nama nilai yang sama. Apabila bermula (fasa start up dalam syarika), itulah yang biasa.

 

Diingat setiap kali, andai ragu atau tidak begitu selesa sebarang rasa dalam hati, tangguhkan dahulu keputusan. Lihat dan baca angka serta makna nombor yang dibentangkan. Delay your judgement. Maka, ragu dan was-was dapat diuruskan.

 

Apabila jalan sudah dipilih, teruskanlah kekal dengan tikar yang menganyam jalinan pertalian dalam mengurus. Kehidupan orang bisnes, punya model dan anyaman yang diberikan bersama mengkuang yang sudah berwarna. Warna pelangi katanya.

 

Ada masanya, tikar baru perlu dianyam. Dengan motif dan desain yang berbeza untuk kegunaan yang berbeza. Mungkin yang ada tidak lagi sesuai dengan peredaran dan keperluan semasa. Ya. Apa saja mungkin, bukan?

 

Kehidupan memang begitu, Namun, dalam dunia bisnes, ia menjadi lebih kritikal. Ada keluarga yang bergantung kepadanya. Seorang suami atau isteri, punya tanggungan yang menanti habuan untuk dibawa kempali ke sarang.

 

Setiap fasa menganyam nilai, percaya dan hormat, ia akan sering didatangai corak-corak ragu dan was-was. Ya, tidak mengapa. Ia akan menjadikannya satu hasil yang lebih indah.

 

Bagi mereka dalam dunia bisnes, ragu dan was-was menjadikan mereka berhati-hati, Mereka melihat risiko dan mencari jalan penyelesaian untuk menguruskannya. Mereka biasa dengan terma ‘calculated risk’. Apa yang mereka boleh jangka, apa yang mereka sifatkan sebagai mereka boleh menanggung akibatnya.

 

Mereka mengurusnya dengan SOP dan sistem. Mereka menampal lubang yang dilihat akan menjadi satu kebocoran melalui perjanjian, dokumen, sijil, surat- menyurat dan emel.

 

Pun begitu, ia bukanlah hanya satu metafora. Tulisan kali ini, hanya membawa pencinta rasa dan bahasa, menerima intipati dengan gaya yang tidak sama. Tidak setiap kali begini.

 

Biarpun, nilai, percaya dan hormat dapat dikekalkan sepanjang hayat, ragu dan was-was merupakan penyelamat.

 

Hakikatnya, nilai, percaya dan hormat, ada masanya saling memisahkan diri. Apabila nilai masih kekal, namun tidak ada percaya, hormat akan mengundurkan diri secara berfasa.

 

Ragu dan was-was akan terus kekal. Kerana kedua-duanya faham. Mereka dalah sebahagian daripada kehidupan sebenar. Kehidupan manusia. Ya,manusia yang sebenar.

 

 

Noraminah Omar

9.09 pagi

Oktober

Kajang

.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.